»

08 December 2011

Tahniah Kepada 'Sekolah Anak Haram'

Salam pagi Khamis yang hangat buat semua pembaca blog JR. Kerana pagi ini pagi hangat JR nak bawa korang melihat satu isu yang suatu masa dulu boleh tahan hangatnya.

Ia mengenai sebuah sekolah di Jasin, Melaka. Ketika sekolah ini ditubuhkan ia diselubungi kontroversi yang bukan sedikit. Selain dari yang menyokong penubuhannya atas alasan menghindari insiden kelahiran bayi yang kemudian dibuang di tepi jalan, ramai yang menentangnya kerana penubuhan sekolah ini seperti memberi lampu hijau kepada hubungan seks terlarang yang kemudian melahirkan anak di luar nikah. Bagi mereka yang menentangnya sekolah ini dipanggil 'sekolah anak luar nikah' atau gelaran yang lebih menjelikkan 'sekolah anak haram'!!

Tapi tanpa mempedulikan kritik orang ramai, akhirnya sekolah ini ditubuhkan juga di mana seperti yang diduga 95% dari penghuninya adalah terdiri dari remaja Islam yang mengandung anak luar nikah. Itulah sejarah Sekolah Harapan, sebuah pusat pemulihan bagi remaja perempuan yang terlanjur yang  beroperasi di Jasin sejak September tahun lalu.

 


















Dan semalam, Pengetua Sekolah Harapan, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim membuat pengumuman seramai 82 bayi telah selamat dilahirkan oleh para penghuni Sekolah Harapan sejak ia beroperasi. Daripada jumlah itu, bayi lelaki yang telah selamat dilahirkan  seramai 53 orang manakala selebihnya bayi perempuan.

“Kami bersyukur kerana berjaya membantu menyelamatkan 82 nyawa bayi yang tidak berdosa sekali gus membendung gejala buang bayi. Apa yang lebih penting ibu bapa kepada penghuni sekolah ini sanggup menjaga cucu masing-masing walaupun anak itu dilahirkan di luar ikatan perkahwinan,” kata Ab. Rahaman yang JR petik dari Kosmo Online.

JR sedih mengenangkan masa depan 82 bayi luar nikah yang dilahirkan itu. Mereka hilang kelayakan untuk mewarisi harta pesaka kedua ibu bapa mereka dan bagi yang perempuan ayah mereka tidak dapat mewalikan perkahwinan mereka kelak. Mereka anak yang tidak berdosa hasil dari sebuah gelora cinta dan nafsu ibu bapa yang terlupa hukum agama.

Apapun mereka bernasib baik kerana lahir dengan sempurna di Sekolah Harapan. Walaupun ada yang menggelar sekolah itu 'sekolah anak haram', namun sekurang-kurangnya bayi-bayi itu lahir dengan selamat tanpa menjadi hidangan makanan anjing  dan biawak atau dibunuh kejam seperti banyak kes sebelum ini.

3 comments:

  1. salam,mereka juga manusia biasa yg tak lari dr buat silap,kalau letak nama sekolah tu,Sekolah anak haram,tidakkah mengaibkan mereka..yg sudah aib,bertambah-tambah aib lagi..apa jadi bila anak2 mereka besar nnti..Kalau Rasulullah kita ada,rasanya dia nak ke buat nama sekolah yg sebegitu ke..?

    ReplyDelete
  2. opps TAK TENGOK GAMBAR TADI,SEKOLAH HARAPAN NEGERI MELAKA..rupanya..

    ReplyDelete
  3. cinnamon: Memang org Melayu suka buat gelaran jelik2..biasalah..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....