Berita baik yang baru JR dengar: Syarikat TV terkenal, Sharp, nak bawa masuk TV skrin 90" pula ke Malaysia. Mengikut Pengarah Urusan Sharp Malaysia, Mr H.Nuzaito, selain dari TV raksaksa 90", pihaknya juga akan memasarkan di Malaysia TV skrin besar 70" dan 80".
Besar mana TV 90" tu? Pasti besar kan? TV LCD 46" tu pun dah rasa begitu besar, apa lagilah jika TV 90". Tengok gambar di atas tu, pompuan tu nampak kenit saja kerana begitu besarnya TV di sebelahnya.
Cuma yang kurang bestnya bila miliki TV skrin sebesar 90" tu ialah tiada tempat yang sesuai nak menempatkannya. Rumah-rumah VVVVIP yang harganya RM2-3 juta dengan hall sebesar 80 kaki tu bolehlah letak TV 90", tapi jika rumah-rumah jenis kenit dan cute seperti rumah JR ni nak letak TV raksaksa tu kat mana? Tak kan nak letak atas bumbung rumah pula kan?
Satu lagi yang rasa seram mengenai TV skrin 90" ni pasti tentang harga jualannya. Agaknya berapa harga TV 90" tu? Mengikut Mr Huzaito harga TV 70" ialah RM18,999, tapi harga TV 90" tak diceritakannya pula. Tapi kalau yang 70" pun harganya dah dekat RM20,000, pasti yang 90" tu harganya antara RM30,000 hingga RM40,000. Kalau sampai harga RM30-40,000 lebih baik JR beli kereta Myvi ajer dari beli TV...
ha'a kan..ish.nak tengok citer thriller ke hape pun takut tu..haha
ReplyDeletetak sampai hati nak beli bro,bagus buat hantaran kawin je kalau mcm tu sekali harga dia..hehee
ReplyDeletegile besau ! haha
ReplyDeletekalo nak beli...kene tunggu kaya la..hahaha..beli kete ag bgus..:P
ReplyDeleteArra: Memang pun, sebab tu TV di rumah JR yg cute-cute ajer...
ReplyDeleteWoofer: Betul tu, utamakan yg penting tu dulu..
ReplyDeletealis haris: TV besau utk org besau-besau...
ReplyDeleteZora: berdoalah utk kaya cepat asal jangan masuk skim cepat kaya udah la...
ReplyDelete