»

25 November 2011

Kontes Teka Gambar: Jom Teka Apa Ke Bendanya Ni??


Selalu sangat JR tengok blog orang lain menganjurkan kontes (contest). Hadiahnya pula agak lumayan. Blog JR yang belum genap setahun jagung ni belum pernah anjurkan sebarang kontes.

Jadi pada petang yang semakin larut ni, JR nak anjurkan kontes untuk korang. Kontesnya sangat mudah. Korang cuma perlu meneka gambar yang JR akan paparkan sekejap lagi.

Tapi sebelum tu, JR nak tayangkan gambar seram ni dulu:

 http://us.123rf.com/400wm/400/400/luislouro/luislouro0905/luislouro090500586/4908442-ghost-tree.jpg

Korang tahu apa benda yang nampak seperti hantu yang bersedia untuk terbang tu? Ia bukan hantu, tapi sebatang pokok yang digelar "ghost tree" oleh penduduk tempatan sebuah kampung di Portugal. Memang kalau malam pokok ni nampak sangat seram kerana ia menyerupai hantu.

Dan bagaimana dengan gambar di bawah ni pula?

 http://creativefan.com/files/2010/11/tree-1-500x350.jpg

JR suka gambar di atas tu, gambar pokok yang begitu cantik yang diambil dalam suatu lembayung senja yang tersangat indah.

Eh, eh, asyik beercerita tentang pokok sahaja...bagaimana dengan teka gambar yang JR katakan di awal entri tadi? 

OK lah, sekarang korang tengok gambar di bawah dan cuba teka apa ke bendanya ni:



Sekarang amacam...dah dapat jawapannya? Sebelum teka, tengok betul-betul sekali lagi gambar tu...apa ke bendanya di atas tu?

Apa ke bendanya?
Apa ke bendanya?

Apa ke bendanya?

Jawapannya: pokok? Betul ke pokok....cuba perhati lagi betul-betul...

JR ambil gambar ni daripada Reuters Pic. Keterangan mengenai gambar itu ialah:

"A woman farmer carrying her padi crop is silhouetted against the setting sun on the outskirts of Agartala, capital of India’s northeastern state of Tripura, on November 24, 2011".

Jadi ia bukan pokok, ia adalah gambar seorang peladang wanita di India yang memikul tanaman padinya di suatu hari yang sangat indah.

Bagi JR gambar wanita yang memikul padi dan menyerupai pokok itu merupakan satu gambar dan panorama yang tersangat indah. Maha suci Allah yang mencipta segala yang indah....

1 comment:

  1. haha..dh bagi jawapan..tak payah teka dah la..:)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....