»

26 November 2011

Tips Langsing: Turunkan Berat Badan Hanya Dengan Sebatang Garpu

Salam pagi Sabtu yang dingin (di Alor Setar hujan sedang turun mencurah-curah) daripada JR. Pagi ini JR nak beri kuliah mengenai topik sihat kepada korang yang ingin terus kekal sihat...

Korang sejak kecil bertubuh mantap dan gedebob hingga dipanggil Bob@Bobby? Korang badan berisi hingga selalu dicemuh sebagai anak badak sumbu atau anak gajah Siam? Korang tak dapat menahan gelora nafsu makan hingga badan tembam macam apom balik?

Ramai orang mempunyai badan besar lagi tembam kerana beberapa faktor termasuk makanan yang diambil tak seimbang, selera makan tak dapat dikawal, malas bersenam dan faktor genetik. Kalau faktor genetik, itu tak boleh kata apa, tapi jika faktor lain korang masih boleh mengubahnya.

Bagi mereka yang berbadan montel lagi tembam mungkin mereka sudah mencuba pelbagai tips melangsingkan badan tapi masih tak berkesan. Apa macam jika sekarang korang cuba ikuti tips ni pula: 

 http://us.cdn3.123rf.com/168nwm/rejects/rejects1009/rejects100900028/7695857-my-big-spoon-3d-images-isolated-on-white-background.jpg

Bila makan cuba gunakan sudu atau garpu yang paling besar. Lagi besar garpu dan sudu, lagi baik untuk melangsingkan badan. 

Korang terkejut beruk dengan tips sesimple ini? Cuma gunakan sudu atau garpu besar boleh langsing? Memang ia benar!! Pengkaji dan saintis mengandaikan penggunaan garpu besar boleh mengelirukan otak yang akan menyampaikan mesej kepada perut korang bahwa korang sudah terlebih makan dan dengan itu nafsu makan korang akan terbantut! Malah kajian juga menyebut bahwa penggunaan garpu besar semasa makan secara tidak langsung menambahkan mesej kenyang, kenyang, kenyang, kenyang dan kenyang di dalam otak. 

So, jika korang nak kurus segera, gunakan sudu atau garpu besar semasa makan. Ingat: lagi besar garpu dan sudu lagi baik!! Lakukan ia setiap hari bersama azam serta niat untuk kurus dan lepas itu tengok kesannya dalam tempoh sebulan.

Tak rugi mencuba tips semudah ini. Selamat mencuba daripada JR!!!.

(Sumber info JR dari: iSihat November '11)

10 comments:

  1. tahun baru, azam baru!

    *cuaca di sini cerah, cantik je.. :)

    ReplyDelete
  2. alamak kat mana nak cari garfu besar ni

    ReplyDelete
  3. so, kte kena guna sudu paling kecik la kan nak bg besar, hehehe..

    ReplyDelete
  4. blog-tips-kurus: Ya tahun baru hijrah, semoga ramai dpt berhijrah dari tembam kpd langsing...

    ReplyDelete
  5. Sharinginfoz: Boleh cari garpu besar di pasaraya besar...

    Entri terbaru di blog JR:

    "Tonton Film Drakula "Twilight Saga Breaking Dawn": Puluhan Pengsan Dlm Panggung"

    ReplyDelete
  6. alin: Oooo...klau gitu makan kena guna sudu teh, hahaha...

    Entri terbaru di blog JR:

    "Tonton Film Drakula "Twilight Saga Breaking Dawn": Puluhan Pengsan Dlm Panggung"

    ReplyDelete
  7. hahaha... bez eh citer twillight tuuh.. huhuu.. anyway. salam Maal Hijrah..=)


    jom baca sekejap..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/pandai-sangat-dah-kan.html

    ReplyDelete
  8. hahaha... bez eh citer twillight tuuh.. huhuu.. anyway. salam Maal Hijrah..=)


    jom baca sekejap..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/pandai-sangat-dah-kan.html

    ReplyDelete
  9. hahaha... bez eh citer twillight tuuh.. huhuu.. anyway. salam Maal Hijrah..=)


    jom baca sekejap..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/pandai-sangat-dah-kan.html

    ReplyDelete
  10. Salam..selain garpu boleh jugak check tips nak turun berat kat sini..

    http://tinyurl.com/yeay-aku-dah-kurus

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....