»

26 November 2011

Film Drakula "Twilight Saga Breaking Dawn", Puluhan Pengsan Dlm Panggung

 http://files.watch-twilight-saga-breakingdawn.webnode.com/200000002-2b41e2c3d9/breaking-dawn-bella-edward-poster3.jpg

Korang dah tonton filem berpuaka "Twilight Saga Breaking Dawn Part One"? Filem ini sekarang sedang ditayangkan di seluruh panggung wayang di Malaysia. Ia filem dramatik yang mengisahkan cinta tiga segi melibatkan drakula dan serigala jadian. 

Kalau korang sudah menontonnya, amacam, korang tak pengsan ke ketika menontonnya? Yang belum menonton filem ni pula, perlu membuat persediaan mental dan fizikal sebelum masuk ke panggung kerana....:

Beberapa wanita dan lelaki di Amerika Syarikat dilaporkan ABC News telah mengalami kejang, sawan dan pengsan ketika menonton adegan  menegangkan dalam filem 'Twilight Saga Breaking Dawn: Part One' ini. Mengikut doktor yang merawat, ia berlaku akibat  photosensitive epilepsy (sawan kerana sensitif cahaya), disebabkan sistem cahaya terang berkedip merah, hitam dan putih tanpa henti selama adegan filem ini berlangsung.

Dua orang penonton, Brandon Gephart dan Kelly Bauman yang menonton pada 18 November 2011 dilaporkan mengalami kejang-kejang, sawan sambil diikuti suara dengusan dan sukar bernafas ketika menonton filem itu. Walaupun tidak mengalami kecederaan serius, tetapi keadaan mencemaskan penonton lain sehingga bantuan paramedik terpaksa dipanggil untuk memulihkan mereka.

"Ini seperti penyalaan lampu "on-off" yang menyerang dan merimaskan otak penonton. Ia mungkin terjadi kerana ruang panggung wayang berskala kecil yang gelap dan lampu berkedap-kedip, yang mengganggu sistem saraf otak," jelas Dr. Michael G. Chez, Pengarah Neurologi Pediatrik dan Epilepsi Klinikr CBS Sacramento.

Gejala kejang, sawan dan pengsan gara-gara filem 'Twilight Saga Breaking Dawn' juga terjadi di Utah, Amerika Syarikat. Seorang lelaki yang sudah berkahwin mengalami gementar seluruh tubuh dan pengsan setelah menonton filem ini bersama isterinya.

"Saya tidak ingat apa yang terjadi setelah itu, saya ingat saya pengsan. Menurut isteri saya, saya menggeletar tanpa henti dan mengeluarkan suara berbeza dari mulut," jelas lelaki itu.

Menurut isterinya pula, suaminya mulai mengggeletar kuat, mulutnya mengeluarkan suara yang tak difahaminya manakala matanya berkedip-kedip tanpa henti. "Saya berlutut di depannya dan menampar mukanya bagi menyedarkan suami saya," kata wanita itu.
 
Dalam keadaan ketakutan, pasangan tersebut meninggalkan panggung wayang lebih awal, ketika adegan filem belum selesai. Dan keesokan harinya mereka mendengar bahawa kejadian serupa juga terjadi kepada beberapa orang penonton lain yang menonton filem berpuaka itu. 

Jadi kepada korang yang bercadang nak menonton filem ini, JR nak peringatkan: sila berhati-hati. Sesiapa yang ada darah gemuruh, sakit jantung dan darah tinggi jangan jadikan diri anda sebagai sebahagian dari statistik mereka yang meninggal akibat menonton filem ini....

(Sumber bacaan JR: ABC News 26.11.11)

1 comment:

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....