»

24 November 2011

Tips Hapus Bayaran Saman Trafik Dari Rekod Polis




Grrrrr....geramnya aku, pagi ni kena saman polis lagi!! Dan setiap kali kena saman, hati JR selalu bertanya: ada ke cara kita boleh hapuskan saman bedebah tu dari rekod polis, lalu...tak payah bayar saman? Atau sekurang-kurangnya mengurangkan kadar saman? Dulu boleh buat rayuan untuk kurangkan kompaun, tapi sekarang polis kata no way....Mau tak mau, sekarang ni saman kena bayar juga. Dalam kes JR ni kalau ikut hati, pasti JR nak salahkan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kerana MBAS  yang tak sediakan tempat parkir yang cukup. Depa yang tak sediakan parkir yang cukup, JR pula yang kena saman, tak adil betul!! JR cuma nak pergi ke ATM ambil duit sikit pagi tadi, parkir kereta punyalah jauh untuk elakkan kena saman, last-last kena saman juga. Sakitnya hati!! 

Mengapa polis tak mau saman saja DBAS yang tak sediakan tempat parkir mencukupi? Wahai pak polisi, kami bukan saja-saja nak parkir di situ, tapi dah tak ada tempat lagi nak parkir nak buat macam mana?

Satu lagi yang sangat-sangat-sangat tak bestnya tentang saman polis ini ialah makin lama kita tak bayar saman, kadarnya makin melonjak tinggi, misalnya dari RM100 jadi RM200 dan kemudian jadi RM300 dan seterusnya.

Untuk elakkan bayar kompaun lebih, sebaik saja kena saman pagi tadi, JR terus ke Balai Polis Trafik. Setibanya di Balai Polis Trafik, JR menuju  ke kaunter bayaran. Nasib baik cuma lima  orang saja beratur di situ. Bila tiba giliran JR, JR pun terus bagi salam kepada petugas (seorang lelaki pertengahan umur) sambil menghulurkan surat saman kepadanya.

Polis: Ehmmm....baru saja kena saman ni encik....

JR: Memang baru, cuba encik rasa surat saman tu...masih panas, baru saja kena saman tak sampai setengah jam tadi!! Tapi warganegara prihatin la katakan, belum sampai setengah jam lepas kena saman terus mai ke sini untuk bayar saman.

Polis (tersenyum): Ikut surat saman ni encik kena bayar RM100, tapi lepas 5 hari kalau tak bayar encik kena bayar RM200, lepas tu naik lagilah bayarannya..Encik nak bayar la (sekarang) ni ka atau nak bayar lepas ni?

JR: Nak bayar la lah, dah ada kat sini dah, bayar aja lah. Tapi encik...kompaun ni tak boleh kurang ka, tak boleh buat rayuan ka?

Polis: Tak boleh kurang la encik, la ni rayu-rayu pun dah tak boleh lagi macam dulu...Tapi nanti sat...mungkin saya boleh tolong encik kot...(Polis itu merenung surat saman dan melihat data dalam sistem komputernya)

Polis: Beginilah encik, polis yang saman encik tu pun belum balik ke balai lagi, jadi maklumat belum key-in dalam sistem lagi. Kalau dah masuk dalam sistem komputer tak boleh delete lagi, kenalah encik bayar RM100 juga.

JR: Jadi saya tak payah bayarlah kompaun RM100 tu? Terima kasih encik!!

Polis (tersenyum): Hahahaha...Mana boleh macam tu encik,kena bayar juga kompaun ni...Tapi sebab belum masuk sistem, saya tolong encik, saya pinda pertuduhan kepada encik dari seksyen.....(polis tu pun menyebut nama seksyennya) yang sepatutnya kena bayar RM100 kepada seksyen....(sebut nama seksyen) yang cuma kena bayar RM70 aja. Jadi encik cuma bayar RM70, untung RM30..

JR: Nak kurangkan lagi tak boleh ka?


Polis: Amboooiii...saya dah tolong dah ni, nak kurang lagi dah tak boleh lagi encik, itu kadar yang terendah.

JR: Terima kasih, terima kasih encik...

Polis: Itulah untungnya mai bayar cepat, kalau dah masuk sistem saya pun dah tak boleh tolong lagi..

Jadi kalau korang kena saman, pergilah bayar cepat-cepat, sebab mungkin kompaunnya dapat dikurangkan macam JR. JR untung RM30 sebab bayar cepat, dengan RM30 tu pi makan KFC 2-3 orang masih boleh kot...

Tapi soalan cepu mas yang selalu orang tanya ialah: ada ke tips nak hapuskan langsung bayaran saman dari rekod polis? Kalau ada tips tolong bagi!!
 
Jawapannya ada tipsnya, tapi sebenarnya tersangatlah payah untuk delete rekod saman dari sistem komputer polis...Kecuali korang kenal polis yang jaga rekod trafik, dia boleh delete maklumat dari rekodnya. Tapi kalau cuma kenal polis yang tak kerja di unit rekod trafik, mereka pun tak boleh buat apa-apa. JR pernah ada pengalaman mengenainya, tapi JR tak ingin berkongsi cerita itu, takut menyusahkan orang pula....
 
Jadi itulah tipsnya, kena kenal polis yang jaga rekod trafik...

14 comments:

  1. dmana2 polisi trafik sama saja..
    RM100??mahal..disini sebungkus rokokpun jadi..haha..
    yang penting kmu jago acting..

    ReplyDelete
  2. yudee: memang malang sekali nasib saya hari ini

    ReplyDelete
  3. diana: pergi bank ambil duit kena saman. Tak sangka separuh dr duit yg diambil habis utk bayar saman..

    ReplyDelete
  4. aku kne saman x pkai seat belt bulan lpas...tapi ble check kat myEG tak dak plak kne saman...rupenye bile tengok kt receipt polis tu salah tulis no ic aku...cane eh?nak bayor ke x?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. aku kena saman trafik sebanyak rm 200. kemudian polis yg saman aku kata leh buat pengurangan kalau jumpa seorang sarjan kat balai yg sama. lepas jumpa sarjan yang dimaksudkan, aku cakP aku ada duit hamya rm 100. selepas menyerahkan duit tu dan surat rayuan, polis tu kata call dia dalam 2 minggu. yang pelik resit pada masa tu mmg tak diberi. so lepas 2 minggu, aku jumpa balik sarajan tu dan terbukti saman aku dah clear dari sistem online. cuma aku menerima resit bayaran sebayak rm 50 , padal aku bayar rm 100. pada masa tu, aku just fikir asal setel saman aku dah la.

    ReplyDelete
  6. Anyone can settle take rekod saman Dari sistem..please tolong

    ReplyDelete
  7. Anyone can settle take rekod saman Dari sistem..please tolong

    ReplyDelete
  8. SAMAN TANGKAP,TAPI POLIS KATA CARI NAK BAGI SAPINA TAK JUMPA SBB RUMAH DGN BALAI JAUH DLM 800 METER.NAMPAK NAU RUMAH ATAU BALAI YG MNIPU.

    ReplyDelete
  9. Baru kena saman kat kenanga pi solat..hati terbakor tapi bulan puasa sabor aje..

    ReplyDelete
  10. RM0.20:POLIS: Terdpt 49 saman berjumlah RM##### sehingga 19/11/18.Saman terperinci taip POLIS SAMAN [no ic/no kend] [emel] & SMS ke

    ReplyDelete
  11. try add wechat mamat nih saman_polis1234 dgar kata dok settle saman trafik hrga murah2

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....