»

23 November 2011

Berita Baik: 2012 Rakyat Malaysia Dapat Wifi Percuma

 

Terkejut juga JR bila baca berita baik untuk rakyat Malaysia ni: mulai tahun depan rakyat Malaysia akan dapat wifi percuma. 

Berita ini disampaikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam. Rais berkata, kini terdapat hanya 1,400 kampung WiFi di Perlis, Sabah dan Sarawak.Dan mulai tahun depan jumlah ini akan ditingkatkan kepada 4,000 kampung yang akan mendapat wifi percuma.

Jadi yang relevan dengan berita wifi percuma ini ialah kampung saja, siapa yang tak tinggal di kampung macam JR ni tak berpeluanglah untuk dapat wifi percuma nampaknya.

Alamak, wifi percuma...repeat: percuma, bertuahnya orang kampung!!

Seterusnya berita yang JR baca dalam Kosmo mengenai wifi percuma tu  berkata:

"Rais berkata, kampung itu akan disediakan dengan sistem perkomputeran biasa dengan kemudahan jalur lebar PERCUMA untuk tiga bulan pertama dan selepas itu dikenakan bayaran MINIMUM RM10 sebulan."

Oooopss..pula dah!! Jadi wifi percuma untuk orang kampung ni cuma untuk tiga bulan pertama sajalah, lepas tiga bulan tu orang kampung yang dibekalkan wifi tu kenalah bayar, bukan RM10, bukan juga RM10 maksimum, tapi RM10 minimum. Hmmm...RM10 minimum...maknanya mungkin bayaran yang akan dikenakan adalah melebihi RM10, mungkin RM10.90, mungkin juga RM99, mungkin juga RM109, mungkin juga RM190!!

7 comments:

  1. takpe..janji free..dah abis,leh potong bil.hehehe

    ReplyDelete
  2. semartt , boley buang bb dah .

    ReplyDelete
  3. kalo boleh potong bil..buat dia kata ada kontrak sian org kampong huhuhuhu...

    ReplyDelete
  4. Woofer: Free 3 bulan ajer...

    ReplyDelete
  5. Aqil & Jiha: Jgn buang BB lagi, takut benda tu tak jadi...

    ReplyDelete
  6. Dunia Familyku: Memang kdg2 indah kabar dari rupa...

    ReplyDelete
  7. Kalau betul gratis enak dong bisa blogging tiap hari disana, lumayan 3 bulan juga hehe

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....