Kita boleh dapat pingas emas jika main guli dipertandingkan dalam sukan SEA...
Ini macam cerita rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi. Sudah sah Indonesia adalah pemenang sukan Sea ke-26 tapi banyak pihak yang masih mempertikaikan kemenangan itu. Malah ada yang kata kemenangan Indonesia yang mendapat paling banyak emas itu diperolehi menerusi cara yang kotor dan jelik. Betul ke begitu, bang? Atau cemburu ke?
Pagi tadi JR terbaca seorang wartawan menulis berita dalam sebuah akhbar mengenai taktik jelik tuan rumah (Indonesia) mendapatkan emas dengan cara mudah dalam sukan SEA. Salah satu caranya ialah dengan mengadakan acara-acara sukan yang sangat pelik di mana negara lain tak pernah dengar atau tidak begitu mahir dengannya seperti:
i) petanque
ii) vovinam
iii) roller sport,
iv) paragliding
v) renang sirip
vi) catur
vii) ski air
viii) bridge & wall climbing
Bagi JR sendiri JR tak tau apa itu petanque, vovinam, paragliding, renang sirip, bridge & wall climbing dan bagaimana ia dimainkan. Catur dan ski air taulah JR. Tapi pelik juga bagaimana catur pun ada dalam acara sukan SEA?
Kata wartawan yang menulis tu (baca artikelnya di sini...) semua acara pelik ini dibuat bagi memastikan ia menjadi lubuk kepada tuan rumah untuk mendapatkan pingat emas. Malah katanya berdasarkan statistik, sebanyak 68 pingat emas diraih Indonesia menerusi acara-acara sukan pelik ini.
Tapi bagi JR apa nak peliknya dengan sukan-sukan pelik itu kerana bukankah sebagai tuan rumah mereka diberi advantage untuk memilih sukan mereka sendiri? Oleh itu jika Malaysia jadi tuan rumah nanti kita juga boleh buat sukan-sukan pelik untuk dipertandingkan seperti:
i) batu seremban
ii) congkak
iii) dam aji
iv) guli
v) jengkek
vi) jala itik
vii) aci sorok
viii)gasing
ix) lari dalam guni
ix) ...dan banyak lagi
Kalau main sukan-sukan pelik tu, mungkin peluang kita untuk dapat banyak emas sangat cerah, sebab negara lain mungkin tak tau bagaimana nak mainkan sukan-sukan tu. Nak dapat banyak lagi emas pecah pula kepada beberapa kategori seperti lelaki dan perempuan, individu dan berkumpulan..
Siapa yang setuju dengan JR kita buat acara-acara pelik tu jika sukan SEA diadakan di KL nanti?
kalo main congkak agak2 kte menang kot sbb kta ada filem congkak
ReplyDeletehe3, sah2 jadi juara...
ReplyDeletehmmm tengah fikir nak masuk acara apa ya dalam sukan sea nanti
ReplyDeletehaha..patutla indon sapu banyak..kuat menipu...tgk video pertandingan silat indon lepas pun lawak...boleh pula lari2 keliling gelanggang utk menang emas...
ReplyDeletetapi kalau tengok congkak best juga kan ? haha international plak tu :D
ReplyDeletesharinginzof: Kita berdua masuk acara lari dlm guni, nak??
ReplyDeleteMohamadazhan: Main sukan di mana2 pun, tuan rumah ada kelebihan, referee juga asyik memenangkan tuan rumah..
ReplyDeleteFreaky: Boleh belajar main congkak dari filem Congkak...
ReplyDeletestu ag lupe..bling selpar..:P
ReplyDeleteZora: oh ya lupa pula, boleh masuk list lepas ni..
ReplyDelete