Satu watak penting yang memainkan peranan besar hingga Malaysia muncul sebagai jagoan bola Asia Tenggara di Stadium Gelora Bung Karno dua hari lepas ialah Baddrol Bakhtiar. Mana tidaknya, dialah kapten dan dialah juga penggerak utama yang bukan saja selalu berada di barisan tengah, tapi kadang-kadang berada di belakang dan bila berpeluang dia akan menyelinap ke depan dengan tendangan superkicknya yang maha kencang itu.
Ketika di peringkat kumpulan Baddrol menghasilkan tiga gol penting untuk Malaysia dan apabila beraksi di final dia adalah watak penting yang melorongkan bola dengan begitu cantik kepada Asraruddin Putra Omar yang mencipta gol penyamaan untuk Malaysia. Dan apabila penentuan kemenangan ditentukan menerusi sepakan penalti, selagi lagi Baddrol menunjukkan sentuhan ajaibnya. Ketika kedudukan 3-3, Baddrol menyepak kencang, tapi tendangannya dapat ditepis oleh penjaga gol, namun bola yang terlalu kencang itu masuk semula ke gawang gol dan Malaysia sekali lagi dinobatkan sebagai jagoan Asia Tenggara.
Malam ini satu lagi pertembungan yang bakal menguji ngauman skuad Harimau Muda akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila bertemu Syria dalam kelayakan Olimpik Zon Asia. Malangnya Malaysia akan bertarung malam ini tanpa Kapten Baddrol Bakhtiar dan tanpa Asraruddin Putra Omar, dua watak yang sangat penting dalam penentuan gol di Stadium Gelora Bung Karno dua hari lepas. Seorang lagi yang tak akan nampak kelibatnya malam ini ialah Yong Kuong Yong yang kerapkali diturunkan oleh jurulatih Ong Kim Swee sebagai pemain gantian.
Mengapa Baddrol, Asraruddin dan Koung Yong tidak diturunkan malam ini? Mereka tidak cedera, adakah benar mereka tak sehaluan lagi dengan Ong Kim Swee? Atau apakah benar mereka disingkir atau dipecat oleh Kim Swee?
Jawapannya ialah TIDAK!!! Kelayakan Olimpik hanya untuk pemain berusia di bawah 23 tahun sahaja, sedangkan Baddrol dan dua rakan Harimau Muda lagi akan berusia melebihi 23 tahun ketika sukan itu diadakan di London nanti, menyebabkan mereka tidak layak menunjukkan aksi ajaib mereka berhadapan dengan Syria pada malam ini.
Apapun selamat berjuang Harimau Muda, semoga harimau dapat membaham helang (Syria) pada malam ini...
Oh ya...ke...tengok jer lah malam nie...hihihi
ReplyDeletebangga jadi anak MALAYSIA..
ReplyDeleteCik Rose: Baru tengok, malangnya tewas 0-2...keletihan sangat kot...
ReplyDeleteZora: memang patut bangga...
ReplyDelete