»

23 November 2011

Menang Bola: Tahniah, Setiap Pemain Malaysia Dapat Wang 85 Juta


 http://www.arenabolasepak.com/wp-content/uploads/2011/11/mas-gold-medal.jpg

Tuah menjadi juara bolasepak Sukan SEA, pemain Malaysia akan mendapat ganjaran sebanyak 85 juta atau lebih tepatnya 85,22,091.81 setiap seorang. Memang lumayan setiap pemain dapat 85 juta!!! Tapi pasti tiada rakyat Malaysia yang marah jika setiap pemain Malaysia dapat 85 juta seorang  kerana pengorbanan pemain Malaysia ketika berjuang di Stadium Gelora Bung Karno yang sentiasa bergelora itu bukan sedikit, sudahlah mereka dihina, dicerca, dimaki hamun, bas diterajang dan ditumbuk penyokong lawan, di atas padang pula mereka perlu bertarung hingga 120 minit sebelum mendapat kemenangan menerusi penentuan penalti. Kiranya setiap pemain dapat 85 juta itu memang sangat berbaloi!!

Tapi wang 85 juta itu sebenarnya baru ganjaran peribadi daripada Sultan Pahang (Sultan Ahmad Shah) yang menjadi Presiden FAM. Itu belum lagi ganjaran daripada FAM sendiri. Berapa pula FAM nak bagi untuk setiap pemain, mungkin lebih kurang 85 juta juga? Berapa pun FAM akan beri untuk setiap pemain, itu memang hak pemain untuk mendapatnya kerana pengorbanan mereka dalam memartabatkan sukan bolasepak Malaysia sangat besar.

Dan berapa pula jurulatih Ong Kim Swee akan dapat?  Kabarnya keseluruhan ganjaran peribadi yang Sultan Ahmad Shah beri atas kemenangan pasukan Malaysia itu ialah 2.55 bilion atau lebih tepatnya 2,550,662,754.31 dan dari jumlah itu pemain mendapat 85 juta seorang. Tentulah baki selepas ditolak 85 juta seorang itu akan diberi kepada jurulatih dan pegawai-pegawai FAM yang berada di Indonesia sepanjang temasya sukan SEA itu.

NOTA: 85 juta yang setiap pemain Malaysia dapat daripada Sultan Pahang  itu sebenarnya bukan RM85 juta, tapi 85 juta rupiah yang bersamaan RM30,000. Jadi setiap pemain akan mendapat RM30,000 yang bersamaan 85 juta rupiah.  Manakala 2.55 bilion rupiah yang diberi kepada keseluruhan team Malaysia pula bersamaan RM900,000. JR sengaja meletakkan wang rupiah kerana pemain-pemain bola kita memenangi pingat emas ketika bermain di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia... 

7 comments:

  1. hheheh..
    dah agak dah..
    rupiah je..
    hehehhe

    ReplyDelete
  2. hehehe ok la tu 30k..... mereka patut dpt... tgk lah kecederaan yg mereka alami lgi, smoga dgn hadiah itu mereka terus bersemangat :D

    ReplyDelete
  3. Diana: 85 juta rupiah bersamaan RM30,000 tu, itu baru Sultan yg beri, FAM tak tau berapa nak bagi. Apapun, tahniah kpd pemain2 bola kita dpt durian runtuh...

    ReplyDelete
  4. Niena: Betul tu, 30k tu memang tak sepadan dgn kesakitan dan kesengsaraan sepanjang berada di Indonesia...

    ReplyDelete
  5. tolong jangan tinggalkan link biru kat kotak komen ye..nanti google detect tu spam terus blog saya kena delete.

    ReplyDelete
  6. Diana: Yer ke akan kena delete? Terima kasih kerana memberi info itu...

    ReplyDelete
  7. hehe..rupiah rupanya..tapi berbaloi la..:)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....