Salam pagi Jumaat yang hangat dari JR,
Masih ingat filem "The 6th Days" yang heronya ialah Arnold Schwarzenegger? Filem tahun 2000 itu mengisahkan seorang lelaki yang bila pulang ke rumah terkejut beruk bila ternampak seorang lelaki lain yang diklonkan menyerupai dirinya. Yang lebih memedihkan hatinya klonnya itu sedang bermesra dengan isterinya. Lalu bermulalah pelbagai peristiwa dramatik yang sungguh mengujakan penonton untuk melihat filem ini hingga ke akhirnya.
Filem itu cerita mengenai klon Arnold Schwarzenegger. Tapi yang JR nak cerita di pagi Jumaat ni ialah kisah benar mengenai jurulatih bolasepak yang sedang meletup namanya kini, Ong Kim Swee, yang begitu marah kerana dia dijadikan klon seperti Arnold Schwarzenegger. Klonnya yang mengaku dirinya sebagai Ong Kim Swee telah membuka satu akaun di Twitter atas nama Ong Kim Swee.
"Itu bukan twitter saya" kata Kim Swee kepada Kosmo, "Saya tak pernah memiliki Twitter, Facebook pun saya hanya menggunakan akaun anak saya. Lagi pun saya bukanlah pandai sangat mengendalikan laman sosial sebegini. Saya harap orang ramai penyokong pasukan bolasepak kebangsaan tidak mudah terpedaya dengan tindakan individu terbabit yang menyamar sebagai saya."
Kim Swee seterusnya memberi amaran, "Tindakan individu terbabit menggunakan nama saya sememangnya dikesali. Jika perlu saya tak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis termasuk mengambil tindakan undang-undang."
Jadi awas kepada mat klon Kim Swee. Sebelum kau kena tahan polis, hentikan segera penyamaran kau dan tutuplah akaun Twitter kau tu...
takde kerja diorag ni .
ReplyDeletehihihi siapalah orangnya ya....buat dajjal....
ReplyDeletedepa dengki tu..biasa la
ReplyDeleteMish Apple: Bukan takde kerja, tapi saja nak cari kerja...
ReplyDeleteCik Rose: Yg pasti org tu bukan JR atau Cik Rose...
ReplyDeleteCik Rose: Yg pasti org tu bukan JR atau Cik Rose...
ReplyDeleteFahrain: Ntahlah...kalau dia buka akaun Twitter atas nama mak bapa atau datuk nenek lagi baik kan?
ReplyDelete