Kali terakhir JR muncul dlm blog ini ialah pada 30 Jun lepas - kira-kira 5 bulan yg lalu, ya Allah..lamanya!! Ia bermula dengan satu kesakitan yg agak lama dan dalam kesakitan JR menggantung pena utk berblogging. Kemudian selepas sembuh, JR rasa selesa pula berehat-berehat tanpa mengaktifkan blog ini. Selepas sembuh kembali, tanpa berblogging JR rasa punya lebih banyak masa utk diri sendiri, utk famili. Tiba-tiba masa tu terasa seronok pula tak berblogging, rasa merdeka, tak terikat dengan waktu dan tak teringat utk mencari idea menulis lagi, rasa merdeka sungguh!!!
Tapi selepas hampir 5 bulan, rasa rindu pula utk menulis lagi. Tapi bagaimana nak bermula selepas lama gantung pena? Selepas 5 bulan tak menulis, pasti ramai yg tak mau menjenguk blog buruk ni lagi. Tapi biarlah, orang tak jenguk pun tak apa. Lagi pun blog ini cuma untuk syok-syok sendiri, orang tak mau singgah pun tak apalah....
Cuma dengan kemunculan baru ni JR nak ubah penampilan sikit. Dulu nama blog ni "JR Online", kini ubah namanya kepada "Bila Jejari Menari", ya la jika jejari tak menari mana bisa tercetak entri di sini?. Design blog ini juga ubah sikit...yang mungkin lebih teruk dan buruk dari dulu!!!
Dan satu lagi, JR akan cuba muncul dengan gaya paling santai lepas ni. JR tak mau kejar ranking lagi macam dulu, tak pedulilah blog ni duduk di ranking 1 juta, 10 juta atau 100 juta, itu tak penting. Jadi lepas ni JR tak akan peduli sama ada tak ramai orang yg singgah ke blog ini atau sebaliknya...terserahlah, lagi pun kena sedar diri: ini cuma sebuah blog buruk lagi cabuk, mengapa mengharap orang singgah? JR tak akan tulis hari-hari lagi lepas ni seperti dulu, satu hari 3-4 entri macam dulu...Kalau ada ruang waktu JR akan menulis, jika tak ada ruang waktu JR tak akan muncul di sini. Mungkin JR tak akan menulis hari-hari, mungkin cuma menulis 2-3 hari sekali, seminggu sekali..ikut kesesuaian, kerana JR menulis bukan untuk ranking, bukan untuk nama, bukan untuk wang, tapi cuma untuk berkongsi ilmu dan untuk syok-syok sendiri...
Apa pun JR kembali dan harap sesiapa yang masih mengenali JR terimalah JR kembali..Wasalam..
alhamdulillah..masih bisa membaca entry dari Jr..semoga sihat selalu yang bro...amin3
ReplyDeleteAlhamdulilah..JR dah kembali.. welcome back..
ReplyDeleteAlhamdulillah. terkejut juga bila tengok JR comment dan mengatakan yang JR dah kembali. :)
ReplyDeleteWoofer: Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa melindungi kita..
ReplyDeleteAshafanie: U're welcome, alhamdulillah...
ReplyDeleteFarah: Alhamdulillah, setiap sakit ada ubatnya kecuali maut...
ReplyDeletealhamdulillah jr masih ada dan saya masih boleh baca post ni..:)
ReplyDeleteAlhamdullilah... dah kembali. Rindu nak menterjah blog JR lg...
ReplyDeleteFreaky: Alhamdulillah & terima kasih krn berdoa utk JR
ReplyDeletePena Rozie: Alhamdulillah & terima kasih krn berdoa utk JR
ReplyDeletediana: Alhamdulillah & terima kasih krn berdoa utk JR
ReplyDelete