Salam untuk semua pembaca blog JR, terima kasih kerana masih meluangkan waktu berharga korang melayari blog buruk ini...
JR tak tau hendak memulakan bagaimana dan mengakhiri di mana dalam keadaan kesakitan yang sedang dihadapi ini..Ketika kesakitan seperti menyiat-menyiat daging dan saraf, seperti ada sesuatu yang sedang memberat di kepala, JR sebenarnya rasa sangat tidak berdaya untuk menulis lagi. Kecederaan ini terlalu menyakitkan tapi dalam kesakitan yang teramat ini, dalam keadaan tangan yang terketar-ketar menyusun huruf dan ayat ini, ku gagahi juga menghabiskan kata-kata ini hingga ke hujung noktah. Semoga ketika entri ini tiba ke penghujung noktah akan ada lagi hari esok untuk JR kembali. Tapi jika tidak, itu bermakna kita tak akan berjumpa lagi.
Tentu ada yang bertanya apa sakit yang JR deritai kini hingga tangan yang terketar-ketar ini terlalu sukar untuk menulis seperti biasa. Tak perlulah JR beritahu dengan terang, cukuplah JR katakan ia sangat menyakitkan. Bukan saja menyakitkan sekujur tubuh ini tetapi hati dan mental seperti tidak upaya berfikir sewaras dulu lagi...Ia sesungguhnya sangat menyakitkan, sangat menyakitkan....sungguh...
JR harap akan masih akan ada hari esok, lusa atau setidak-tidaknya tulat untuk JR kembali berkarya. Korang tunggulah jika dalam masa 2-3 hari atau mungkin 4-5 hari atau paling lewat 7-8 hari JR muncul semula, itu bermakna JR masih ada di sini untuk terus berkarya. Tapi jika JR tak muncul dalam masa 10 hari lagi, itu bermakna ada kabar buruk yang memungkinkan JR tidak akan ditemui lagi selama-lamanya...Memang JR amat teringin melihat matari pagi, membilang indahnya deretan bintang-bintang di malam kelam, disentuh bayu lembut di pagi permai, tapi apa kan daya jika janji Tuhan di sinilah akan berakhir segala-galanya, maka hanya kenanganlah jua yang akan disimpul mati dalam suratan sejarah..
Kepada mereka yang tidak jemu-jemu melawati blog JR, membaca entri, meninggal jejak dalam shout box dan yang selalu memberi komen membina terutama Freaky, Budak Botak, IR, Pendekar Berkuda, Diana, Rozie, Ashafanie dan lain-lain yang tak sempat disebut namanya di sini, JR ingin berterima kasih kerana sokongan korang selama ini. Dan jika ini adalah entri JR yang terakhir, JR menyusun jari sepuluh memohon maaf jika ada kata-kata yang menyinggung perasaan selama berblogging ini, kerana ia pasti tidak disengajakan.
Sekali lagi JR mengharap doa kalian untuk JR tabah menghadapi dugaan dan kesakitan ini. Dan jika JR tak kembali lagi, ingatilah selalu nama JR yang cuba memeriahkan dunia blogging biar cuma seketika.
Oh air mata....di mana akan kusembunyikan rasa sakit, pedih dan sedih ini?
semoga JR dipermudahkan segala urusan oleh Allah dan juga semoga cepat sembuh daripada penyakit yang dihadapi sekarang.. aminn
ReplyDeletedugaan itu adalah untuk menguji keimanan..berdoalah dan bertawakal..
ReplyDeletesemoga JR tak ape ape
ReplyDeleteJR nak kmna? sakit ape.. sepi blog ashafanie tanpa JR.. smoga JR d prmudhkan sgal urusan eh.. tQ dah byk bg smgt kt ashafanie sblm ni. Hrp dpt kmbali scptnya..
ReplyDeletesemoga JR sentiasa kuat dan berdoalah kepada Allah. sesungguhnya kesakitan itu penghapus dosa lalu.
ReplyDeletebro JR..
ReplyDeletesemoga kamu sembuh cepat..
ya Allah, kami memohon kuatkan semangat bro JR dan berikanlah kesihatan yang baik kepadanya..panjangkanlah umurnya.
Aminn..
salam..semoga tabah menghadapi ujian dari Allah ini..kami doakan semoga bro segera sembuh..amin...
ReplyDeletesemoga cepat sembuh ya..~
ReplyDeletesemoga cepat sembuh JR .. kami semua mndoakan anda ..
ReplyDeletekami selalu doakan JR,insyaAllah...JR akan cepat sembuh
ReplyDeleteget well soon JR , semua doakan JR sihat ^___^
ReplyDeletesyafakallah.. semoga JR cepat sembuh.. xsanggup nk terima berita pemergian sorang lg blogger.. huhu~ T_T
ReplyDeleteJR..sedihnye baca entry ni. kami doakan JR cepat sembuh,kuat semnagat ye.
ReplyDeleteSalam. 1'st time lawat blog JR rasanya, ini pun dapat tahu dari blog Firdaus Life.
ReplyDeleteDoa untuk JR, semoga cepat sembuh dari kesakitan/penderitaan yang dialami JR dan diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup yang sementara ini. sesungguhnya di akhirat jua kekal selama-lamanya. Kita yang masih sihat walafiat juga tidak terlepas dari panggilan Ilahi, robul'izzati. Samada kita sudah bersedia atau belum, menyahut seruan Ilahi itu PASTI.
Blog NETonX
Dalam lembut tutur bicara..pasti ada terselit gelisah... dalam girangnya tawa..pasti ada duka yang tersimpan...
ReplyDeletejuga dalam sihatnya tubuh... pasti ada penyakit yang tak terlihat....
asalkan kita kembali kepada yang Khalik.. pasti ada sinar di hadapan...
"dalam keadaan tangan yang terketar-ketar menyusun huruf dan ayat ini, ku gagahi juga menghabiskan kata-kata ini hingga ke hujung noktah."
tidak usah bersedih...demi kasihnya Illahi..pasti ada rahmatNYA di hadapan... InsyaALLAH...
Ku doakan dirimu wahai insan... selagi ada nafas yang tersisa.... Ucapkanlah syukur padaNya... Biar diri nipis iman...Asal DIA tahu bahawa kita berlindung padaNYA... Amin...
Aku juga turut bersedih....
Tapi ku gagahi jua untuk menulis...
Meski rasa terkejut masih bersisa dalam kotak fikir ini...
Sungguh tidak ku sangka... dalam bait kata-kata yang terluah.. ada sakit yang bersarang di tubuhmu...
Mudah-mudahan Allah mengasihimu wahai hamba..Supaya kelak api perjuanganmu masih akan terus bernyala..Amin...
Aku hanya mampu mendoakan dari kejauhan...
Sambutlah salam perjuangan dari aku...berjuanglah untuk melawan sakitmu itu... InsyaALLAH... "GERAK ITU IKHTIAR HIDUP"
semoga cpat sembuh JR
ReplyDeletesemoga kamu cepat pulih ..
ReplyDeletesemoga cepat baik dan kembali ke sini amin
ReplyDeleteJR dah 8 hari tanpa entry, tanpa kunjungn kt blog ashafanie.
ReplyDeleteSemoga JR baik-baik sahja, d krgkna sakitnya.
semoga cpt sembuh..jaga diri ye!!
ReplyDeleteSemoga lekas sembuh saudaraku JR,, Doaku menyertaimu,, Semoga Allah SWT mberikan perlindungan dan kesembuhan untuk JR agar senantiasa dapat mberikan yg terbaik utk kehidupan,, Amien,, Salam Blogger,,
ReplyDeleteslm JR..terasa takut baca entry ni..semoga kita berjumpa lagi di entry setrusnya..semoga pnjg umur ye,
ReplyDeleteslm rmdhan dari achie
maaf kalau ada buat silap..
ReplyDeletedah lama sangat dah ni JR.. apa khabar lah JR sekarang ni
ReplyDelete