»

16 November 2011

Semak Keputusan UPSR 2011 Secara Online & SMS


Esok 17 November 2011, keputusan UPSR akan diumumkan. Siapa punya anak, anak saudara, cucu,  adik dan saudara mara yang mengambil peperiksaan UPSR tentu tertunggu-tunggu keputusan yang akan dikeluarkan esok. Pengumuman rasmi analisis keputusan UPSR akan dibuat di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran, Parcel E di Putrajaya pukul 9 pagi esok dan pada jam 10 pagi pula semua pelajar dan waris mereka boleh mengetahui keputusannya yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah masing-masing. 

Bagi waris yang ingin menyemaknya secara online menerusi internet, mereka boleh berbuat demikian melalui PC dan laptop masing-masing menerusi cara berikut:

1) Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
2) Klik butang Semakan Ibu Bapa yang bewarna merah.
3) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.

Untuk lebih jelas lagi, sila klik pautan dibawah ini :-

Semak Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS


saps.moe.gov.my


Atau semakan juga boleh dibuat menerusi telefon bimbit masing-masing  menerusi SMS bermula jam 10 pagi esok mengikut langkah-langkah berikut:

Semak Keputusan UPSR 2011 melalui Online SMS

Semoga semua pelajar akan menggapai keputusan UPSR yang cemerlang esok, mudah-mudahan!!

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....