Pasti yang berkata bapa seperti ini memang patut pencen jadi bapa. Dalam banyak-banyak cara membersihkan anak, dia memilih cara membersih yang aneh: memasukkan anak dalam mesin basuh untuk mencucinya.
Dan bahagian yang nak dicuci oleh si-bapa bukan badan anaknya, tapi mental si-anak. Patutlah dia guna mesin basuh, kerana cuci cara biasa mungkin sukar nak membuang kotoran dari mental anaknya..
Kerana ingin memberi pengajaran kepada anaknya yang membuang lukisan rakannya ketika di tadika, seorang bapa di Perancis telah memasukkan anaknya ke dalam mesin basuh dan memutarkannya..Christophe Champenois, 33, dari Meaux berhampiran Paris dipercayai mengenakan hukuman kejam tersebut terhadap Bastien hanya kerana si-anak membuang lukisan rakannya semasa berada di tadika. Akibat basuhan tersebut, anaknya terkulai dalam mesin basuh dan meninggal dunia ketika di bawa ke hospital.
bayi comel yg dibersihkan bapanya dalam mesin basuh....
"Kakak mangsa yang berumur lima tahun turut mengadu kepada saya bahawa ia bukan kali pertama bapa mereka ‘membasuh’ adiknya,” menurut jiran mereka dikenali sebagai Alice.
Akibat tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut, hakim mahkamah di Meaux mengarahkan pasangan suami isteri yang mempunyai tujuh cahaya mata itu ditahan untuk siasatan lanjut sementara kesemua anak mereka ditempatkan di bawah pusat jagaan.
Akibat tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut, hakim mahkamah di Meaux mengarahkan pasangan suami isteri yang mempunyai tujuh cahaya mata itu ditahan untuk siasatan lanjut sementara kesemua anak mereka ditempatkan di bawah pusat jagaan.
Pesanan JR kepada mereka yang bergelar bapa atau ibu, jika nak mencuci anak, bersihkan mereka dalam bilik air, bukannya dalam mesin basuh.
pergh.. macam si*l.. geram betol bila baca.. but when i was little, my mum 'did' this to me too ! HAHAHA XD
ReplyDeletehttp://luvmia97.blogspot.com/2010/12/comel-pulakhaha.html
macam2 orang buat tapi memang mengarut le,tak masuk akal langsung
ReplyDeleteMialia: Memang gerammmm...
ReplyDeleteSharinginfoz: Dlm kehidupan yg dibelenggu banyak unsur2 mengarut, tak heran jika ramai pula yg mengarut...
ReplyDelete