Nak tergelak JR membaca berita yang tersiar dalam Umno Online nie: Seorang perwakilan UMNO di Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 2011 di PWTC petang tadi mendakwa bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, menuduh seorang pemimpin Wanita UMNO hidup bermewah-mewah, antaranya dengan memakai bra berharga RM26,000.
Perwakilan Wanita Selangor, Datuk Habibah Mohd Yusof (gambar di atas) berkata, dakwaan itu dibuat oleh Datuk Nizar dalam satu ceramah di Perak sebelum ini.
"Mereka mula menyerang peribadi ketua Pergerakan Wanita dengan pelbagai fitnah. Contohnya, dalam satu sesi ceramah di Trong, Perak, Bekas Menteri Besar Perak telah menfitnah kononnya pakaian dalam Datuk Sri Shahrizat berharga RM26 ribu".
Tapi bagi JR, JR tak heran jika ada pemimpin-pemimpin wanita kita yang beli coli berharga RM26,000 atau RM100,000, beli cincin RM24 juta atau RM240 juta, malah jika memiliki 20 kereta mewah bernilai ratusan juta, apa nak heran? Mengapa nak heran, mereka memang kaya, ikut suka merekalah nak buat apa dengan kekayaan mereka tu, nak beli coli RM26,000 ke, nak beli kain batik kalis peluru ke atau nak beli rumah yang lebih besar dari rumah salah seorang pemimpin wanita kita seperti gambar di bawah ni:
Ikut suka dialah nak buat apa dengan duit yang kini ada dalam simpanannya.
Kalau keluarga pemimpin wanita kita dah dapat projek sampai ratusan juta, kalau komisyen pembelian aset negara dah sampai setengah bilion, usahkan bra RM26,000, stokin pun mungkin berharga ribuan ringgit, apa nak herannya? Jadi tak perlulah bra RM26,000 dijadikan isu, sebab orang kaya memang suka berlagak begitu, tak ada siapa nak peduli dan heran pun mereka pakai bra RM26,000 atau tak pakai bra langsung pun...
Yang orang ramai heran ialah jika mak cik Tom yang punya bendang 5 relong atau mak cik Timah yang lakinya cuma nelayan pantai boleh beli bra RM50, itu memang heran, sebab mereka cuma beli bra murah di pasar malam yang harganya tak sampai RM10.00......
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....