»

30 November 2011

Bilal Masjid Yg Hadiahkan Syella Kamaruddin RM15 Juta Tu Ialah.........

Kecoh sungguh cerita artis-artis kita. Kadang-kadang rasa nak pitam, kadang-kadang pula rasa nak muntah tengok dan dengar kisah hidup mereka. JR bukan minat sangat dengan mereka, tapi kerana JR orang Melayu beragama Islam dan artis-artis yang selalu buat cerita pelik-pelik ni juga mengaku dia orang Melayu beragama Islam, sedikit sebanyak tersentuhlah juga hati nurani JR dengan cerita-cerita mereka.

Dan hari ini JR nak bawa sikit cerita seorang artis bernama Syella Kamaruddin yang baru balik dari Mekah buat umrah dan berkahwin pula dengan seorang bilal masjid seperti yang diakui sendiri oleh Syella,   baca di sini....  

Bertuahnya bilal masjid yang sangat alim tu dapat mengahwini Syella yang putih melepak lagi gebu yang baru balik dari Mekah tu kan? Bertambah bertuah nasib tok bilal kerana Syella yang dah umrah tu memakai pakaian pengantin perempuan yang amat menawan di hari perkahwinannya:



Tok bilal masjid ni rasanya sungguh kaya, kerana kos perkahwinan mereka saja bernilai RM15 juta, terdiri dari banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, selain telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih,  baca di sini....

Tapi siapa suami Syella  bilal masjid yang kaya raya tu? Mengapa pula gambar suami Syella dikaburkan dalam majlis perkahwinan mereka? Mengapa nak disembunyikan wajah hensem tok bilal? Cuba teka siapa tok bilal masjid yang bertuah ni:


Lalu kerana wajahnya dikaburkan, timbul banyak spekulasi. Ada orang kata bilal masjid ni bergelar Tan Sri yang suatu masa dulu sangat ditakuti kerana kuasa yang ada di tangannya. Baca di sini.......

Setakat ni saja gosip artis pagi ni. Jika korang nak muntah lepas membaca cerita ini, maafkan JR....

5 comments:

  1. 'bilal' nak kongsi 'saham' bini dia kah?? cekci lo!

    ReplyDelete
  2. blog-tip-kurus: memang cekci, kalau bilal bawa bininya ke masjid pasti jemaah ramai datang nak jeling-jeling dadanya...

    ReplyDelete
  3. diana: hahahaha, bilal akhir zaman, itu tandanya kiamat dah dekat..

    ReplyDelete
  4. M. Fizan: Memang teruk beruk!!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....