»

29 November 2011

Bertuahnya Jadi Rakyat Selangor: JR Pun Nak Berpindah Ke Selangorlah!

Hari ni sebenarnya JR masih tak dapat hadir dalam blog ini dengan aman. Hari ini semua anak-anak ayahanda mentua JR (semuanya bekerja dengan kerajaan) dapat cuti 3 hari untuk urusan pengkebumian, termasuk isteri JR juga dapat cuti 3 hari. Kesempatan cuti itu diambil utk menguruskan banyak perkara termasuk persediaan majlis tahlil selama 3 hari, laporan kematian di JPN, melaporkan kematian kepada majikan Allayarham dll.

Dalam sibuk-sibuk ni, sempat juga JR menjeling beberapa berita menarik yang mungkin sesuai dikongsi bersama korang. Salah satu berita yang cukup menarik pada hari ini ialah berita ni:


internet percuma Internet Percuma di Selangor Bermula Tahun 2012? Apa Kata Rakyat Selangor?

Belum pun habis berita mengenai pengumuman gaji minimum di Selangor, kerajaan negeri Selangor merancang untuk menyediakan perkhidmatan internet percuma pula di Selangor yang akan meliputi kawasan bandar dan juga di luar bandar.

Selain itu, kerajaan negeri Selangor nak berikan juga komputer percuma kepada golongan belia di Selangor.

Kenapa internet percuma ditawarkan di Selangor?

  1. Mahu mewujudkan masyarakat yang demokratik, bebas, dengan menyalurkan ilmu, berita dan informasi yang berdasarkan fakta dan kebenaran
  2. Menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara
Kami harap projek internet percuma ini, kerajaan Selangor tidak buat seperti apa yang berlaku sekarang di tempat lain di mana ada papan tanda wifi percuma, tetapi apabila mahu akses internet malangnya tiada sambungan rupanya.

Satu lagi, bagi kami tidak perlu sehingga nak berikan laptop percuma kepada golongan belia. Bagi kami adalah lebih baik pastikan jaringan Internet yang mantap dengan kelajuan pindahan data yang tinggi disediakan terlebih dahulu. Kos perbelanjaan pemberian laptop percuma itu boleh dialihkan untuk disalurkan kepada rakyat Selangor yang “lebih memerlukan”. Ya…mereka lebih memerlukan.

P/S : Apa kata rakyat Selangor dengan berita tawaran penyediaan internet percuma di Selangor bermula tahun 2012? Mungkin selepas ini kerajaan Malaysia boleh tawarkan Internet Percuma 1Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia? Paling tidak pun biarlah kadar caj yang dikenakan kepada pengguna Internet di Malaysia berpadanan dengan servis yang disediakan.
  
(Sumber berita: beritasemasa.com)

Nota daripada JR: Ehm...kalau berita ni betul, JR pun nak berpindah ke Selangor jugalah. Asal jangan jadi seperti beberapa janji-janji kerajaan sebelum ini yg indah kabar dari rupa udahla....

8 comments:

  1. untungnya rakyat selangor..
    saya pun nak pindah dok sana la..
    pulau pinang bila nak buat ye??

    hehehe...

    *************

    ReplyDelete
  2. Diana: JR pun tertanya2, bila kerajaan negeri Kedah nak buat cam tu? Nak harap kerajaan Persekutuan kena tunggu berpuluh tahun lagi kot...

    ReplyDelete
  3. untung la..tapi,masalah lain plak akan timbul nanti..:)

    ReplyDelete
  4. macam nie lar kena undi..

    ReplyDelete
  5. hehe.. kene blok macam2 laar.. takot disalah guna.. huhu... tambah2 budak2... dah boleh search menda2 mengarut dah skrg.. ngeh3

    ReplyDelete
  6. Arra: Apa masalahnya?

    ReplyDelete
  7. M Fizan: Tunggu tahun depan nak undi..

    ReplyDelete
  8. L: Apa nak buat, dunia semakin maju, bukan maju tapi utk membina maju utk kehancuran...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....