Kalau korang sering mengikuti blog ini, pasti korang perasan bahwa pada 27hb (semalam) JR tak muncul langsung seharian di blog ini. Sebenarnya semalam adalah hari yang paling memenatkan dan memedihkan buat JR sekeluarga. JR cuma tidur satu jam saja semalam dan masa selebihnya adalah bersama ayahanda mentua JR yang tiba-tiba jatuh sakit di depan JR dan 9 jam kemudian Izrail memimpinnya pergi menemui Tuhan yang Esa...
Apapun JR bersyukur kerana di saat-saat akhir sebelum kepergiannya, JR sempat menemuinya, bercakap dengannya, membaca Yassin di depannya dan sempat mengajar dia mengucap dua kalimah syahadah, alhamdulillah. JR juga bersyukur kepada Allah kerana menggerakkan hati isteri JR untuk mengajak JR pergi ke rumah mentua, walaupun ketika itu cuaca tersangat buruk di luar rumah dengan hujan turun mencurah-curah. Hampir-hampir saja JR dan isteri membatalkan hasrat menemui ayah dan mak mentua yang rumah mereka terletak cuma 15 km dari rumah kami. Tapi ketika itu hati terlalu kuat untuk pergi seperti ada sesuatu yang memanggil kami untuk segera ke sana.
Mujurlah Allah menggerakkan hati kami untuk pergi ke rumah mentua pada petang dingin itu. Jika tidak, tak taulah apa yang akan terjadi. Bagaimana mak mentua nak hadapi saat-saat kritikal ketika tiba-tiba mata ayahanda JR terbeliak dan mulutnya mengeluarkan cecair? Siapa yang akan memanggil ambulan, kerana ibu mentua JR sendiri tidak sihat sejak beberapa lama?
Rupanya ayahanda mentua JR tak lama berada di hospital. Pukul 8.30 malam dia masuk ke wad kecemasan, pukul 3.30 pagi esoknya Allah menjemputnya pergi. Apapun, seperti yang JR katakan sebelum ini, JR bersyukur kerana sempat menemuinya, bercakap dengannya, membaca Yassin di depannya, memohon maaf kepadanya dan sempat mengajar dia mengucap dua kalimah syahadah. JR juga bersyukur kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk membantu menguruskan jenazahnya, mengangkat mayatnya dari bilik mayat ke dalam kereta jenazah, memandikannya, sekali lagi mengangkat kerandanya sebelum ke kuburan dan membantu menimbus tanah ketika di kuburan.
Dan malam tadi rumah mentua JR dipenuhi ramai orang kerana kami kaum keluarga mengadakan tahlil untuk aruah. Malam ini dan malam esok juga akan diadakan tahlil lagi.
Selamat jalan ayahanda Mohammed bin Mansor. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu dan meletakkan rohmu di kalangan mereka yang beriman, aminnn...
al fatihah buat beliau..
ReplyDeletekehilangan itu satu yg menyakitkan..
namun, sebagai hambanya, kita harus redha..
takziah JR..
ReplyDeleteseperti yang selalu diperkatakan..dunia hanya persinggahan,yang datang pasti akan pergi..
tabahlah..
Lia: Memang mnyakitkan, tapi semua yg bernyawa pasti kembali..
ReplyDeleteArra: Betul tu, hanya iman akan menjadi bekalan selesa ke akhirat..
ReplyDeleteAl-Fatihah buat arwah.. semoga rohnya dicucuri rahmat..
ReplyDeleteTakziah buat JR sekeluarga..
Al-Fatihah untuk beliau juga dan takziah buat anda..
ReplyDeleteIeDa: Alfatihah..semoga rohnya diletakkan Allah di kalangan mereka yg beriman...
ReplyDeleteArpizz: Alfatihah dan semoga rohnya diletakkan di kalangan mereka yg beriman...
ReplyDelete