»

28 November 2011

Hari Ini Air Mataku Mengalir


27.11.11. Ia bukan cuma kebetulan satu tarikh yang punya tiga titik dan enam huruf. Ia adalah satu tarikh JR paling sibuk dan cuma tidur 1 jam daripada 24 jam yang dianugerahkan Allah sehari. Dan lebih dari itu ia satu tarikh yang amat memilukan hati JR. Ketika jejari JR sedang menari kini, kepedihan masih terasa. Pedih, sayu dan pilu menjadi rona sebuah kehidupan pada 27.11.11. 

Dan hari ini air mata JR menitis atas sebuah kepergian yang tak akan kembali lagi itu. Malangnya JR belum bersedia menceritakan detail peristiwa itu  kini. JR baru tiba ke rumah, terlalu letih kerana belum tidur selama  hampir 48 jam. Nanti JR akan ceritakan bila keadaan sudah tenang.

Selamat malam....

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....