Korang berbadan gempal dan gedebob, tapi bercita-cita ingin jadi pemain bolasepak terkenal? Apa, korang kata tak mungkin kerana pemain bola lazimnya berbadan slim? Jika korang berfikir begitu bermakna korang tidak tahu sejarah bolasepak dunia. Sebenarnya dalam sejarah bolasepak, ramai mereka yang berbadan gemuk tapi berjaya dalam karir mereka, ada yang menjadi juara Eropah, Amerika, Liga Inggeris, Liga Sepanyol bahkan Piala Dunia. Siapa mereka ?? Jom lihat di sini:
1. Jan Molby
Pemain yang bermain untuk Liverpool dari 1984-1996 ini kerap menjadi pilihan utama pasukan The Reds. Pemain berasal dari Denmark ini di anggap sebagai salah seorang legenda Liverpool kerana kelicikannya mengawal bola.
2. Andy Reid
Pemain berusia 26 tahun dari Ireland ini bermain untuk Sunderland dan terkenal dengan tendangan kaki kirinya yang mengelirukan. Bekas bintang Tottenham Hotspur ini juga merupakan pemain pasukan kebangsaan Ireland.
3. Micky Quinn
Micky adalah bekas penyerang Coventry berperut gendut tapi mempunyai larian yang deras. Karir terbaik penyerang yang juga biasa dipanggil “Sumo” ini ialah ketika dia bersama pasukan Portsmouth dan Newcastle United di awal 1990an.
4. Ferenc Puskas
Puskas adalah merupakan legenda bolasepak Hungary dan pernah digelar sebagai antara penyerang terbaik yang pernah dimiliki Real Madrid. Bermain untuk Los Galaticos dari 1958-1966, Puskas yang berperut gendut itu bermain dalam 182 perlawanan dengan mengumpul 157 gol.
5. Neville Southall
Pemain berasal dari Wales ini dikenali sebagai penjaga gawang terbaik yang dimiliki Everton. Mewakili Everton dalam 578 perlawanan telah menempatkan namanya sebagai legenda Everton. Southall telah menjadi benteng terakhir Everton selama 17 tahun sebelum bersara seiring dengan berat badannya yang kian bertambah.
6. Ronaldo De Lima
Pemain berbadan gempal paling terkenal adalah bintang Brazil, Ronaldo. Tiada yang dapat menafikan jika Ronaldo menjadi salah seorang pemain bola terhebat yang dilahirkan di planet ini. Dua kali bermain untuk Piala Dunia buat Brazil dan tiga kali menjadi Pemain Terbaik Dunia menjadi bukti kehebatannya. Bekas striker Barcelona, Inter Milan dan Real Madrid ini diyakini akan lebih banyak mengumpul gelaran jika tak dihantui oleh masalah kecederaan kaki.
7. William Foulke
Sesuai dengan bentuk tubuhnya, dia digelar “Fatty”. Penjaga gol kebanggaan Sheffield United dari 1894-1905 ini memang terbilang unik. Selain menjadi bintang Sheffield, Foulke juga menjadi bintang Chelsea di abad 19. Bersama Sheffield, Foulke telah meraih satu gelaran juara liga dan tampil di tiga final Piala FA.
ronaldo nampak makin gemuk.. dulu kurus sangatt
ReplyDeletearghhh...puskas tu gendut ke?? sungguh tak sangka....
ReplyDeletetapi ronaldo tu dia pemain terhebat sebelum jadi gemuk... lepas gemuk dia mana hebat dah...
sama juga macam maradona... huhu...
Pendekar
Freaky: Bila dah berumur, mkn pun tak pantang cam tu la...
ReplyDeletePB: Moral cerita ni ialah jangan ternak lemak banyak2...huhuhu...
ReplyDeleteMadona pun gemuk
ReplyDelete