»

11 June 2011

Final Piala FA: Irfan Bakti..Jangan Marah Bang, Senyum La Sikit...



























Abang Irfan, releks la bang...mengapa mengamuk ni? Biasalah bang, mana-mana final bolasepak, jurulatih pasti tension. Tapi janganlah kerana jurulatih tension, nanti pemain pula yang hilang fokus. Bila pemain hilang fokus susahlah, takut malam nanti ada yang menangis atas padang.

Malam ni seperti yang korang tahu ialah malam penentuan perebutan final Piala FA antara Terengganu dan Kelantan. Dan ketika debaran semakin meniti puncak, tiba-tiba jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim naik angin. Mengapa Irfan naik angin? Dia naik angin apabila sesi latihan terakhir pasukannya di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam diintai lawan mereka, Kelantan. Kehadiran para pemain Kelantan bagi Irfan telah mengganggu sesi latihan pasukan Terengganu, terutamanya untuk mereka membuat latihan sepakan penalti.

“Saya cukup kecewa. Bukan sebab kami nak buat taktikal saat akhir tetapi ia menyebabkan perasaan tidak selesa. Ia sesuatu yang tidak beretika, melihat pasukan lawan berlatih. Sebab itulah juga saya terpaksa membatalkan latihan sepakan penalti kerana nanti Kelantan akan tahu pemain mana akan sepak ke kiri atau kanan,” kata Irfan ketika ditemui wartawan Kosmo selepas sesi latihan itu.

Bagi JR mengintai pasukan lawan berlatih adalah perkara biasa dalam sukan bolasepak. Malah dalam Piala Dunia pun jurulatih dan pemain pasukan lawan mengintai untuk melihat strategi permainana lawan mereka. Itu adalah perkara biasa dalam sukan bolasepak. Ia dipanggil strategi dan ia tidak salah mengikut undang-undang FIFA atau undang-undang FAM pun. Yang salah ialah jika ada pemain yang mengintai pemain pasukan lain mandi, atau jurulatih mengintai jurulatih pasukan lain mandi. Itu memang salah dan boleh menjadi kes polis. Tapi mengintai pasukan lawan berlatih ia tidak salah dan jika dilaporkan kepada polis pun, polis tak boleh buat apa-apa.

So, kepada abang Irfan...janganlah marah. Senyumlah sikit. Dan jika semua pemain dapat mengawal emosi, kemenangan pasti dalam tangan...

“Insya-Allah kami akan menang. Saya cukup yakin dan optimis. Lagipun kami sudah melupakan kekalahan 0-3 kepada Kelantan pada aksi Liga Super (minggu lepas),” jelas Irfan yang yakin juara Piala FA malam ini ialah pasukan Terengganu.

Bagi JR, JR sudah tahu mana pasukan yang akan menang malam ini.Mana pasukan yang akan menang pada firasat JR? Pasukan yang akan menang ialah pasukan yang tak hilang fokus dan tak membuat kesalahan di atas padang!!

2 comments:

  1. emm x tahu nak sokong mane, duk kat terengganu tapi lebih mesra ke kelantan.. emm

    ReplyDelete
  2. Freaky: hmmm...kot awek Freaky org Kelantan kot?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....