»

10 June 2011

Survey: Satu Daripada Enam Pelajar Universiti Pernah Kena Rogol

rape in marriage

Jika korang ada 12 rakan wanita, pernah ke korang terfikir dua daripada mereka pernah kena rogol?  Mengejutkan? Angka yang JR katakan itu: 2 daripada 12 pelajar universiti atau 1 daripada 6 pelajar universiti pernah dirogol adalah angka berdasarkan satu kajian yang dijalankan baru-baru ini.

Tapi nasib baiklah kajian itu tidak diadakan di Malaysia. Kajian itu sebenarnya dibuat oleh Persatuan Nasional Mahasiswa Australia yang berpusat di Sydney, Australia. Kajian yang dibuat terhadap responden yang terdiri daripada 1,500 pelajar wanita yang sedang belajar di universiti mendapati bahawa 17 peratus responden pernah dirogol, manakala 12 peratus lagi pernah mengalami percubaan dirogol.

Kajian mendapati bahawa 67 peratus responden telah melalui pengalaman seksual yang tidak diingini dengan 31 peratus mengatakan mereka telah melakukan hubungan seks tanpa persetujuan mereka (dipaksa). Dalam kebanyakan kes keganasan seksual (56 peratus) pelaku adalah teman rapat, manakala   22 peratus lagi mereka mengenalinya. Sesuatu yang mengejutkan mengikut kajian itu ialah hanya 2 peratus  pelajar yang dirogol itu membuat laporan polis kerana mereka berpendapat ia tak perlu.

Semoga apa yang berlaku di Australia itu tak terjadi di Malaysia. Biarlah kisah Nora Elena seorang pelajar yang pernah dirogol dalam episod Akasia TV3 yang dikatakan begitu popular itu hanya khayalan penulis dan pengarahnya dan bukan satu realiti dalam kehidupan pelajar kita...

1 comment:

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....