»

22 June 2011

Tolonglah..Tolonglah Bunuh Saja Kedua-dua Putriku Itu...


Saba, left and Farah on their arrival at Delhi's Apollo Hospital

Saba dan Farah Shakeel

Mana ada ibu bapa di dunia yang tidak sayangkan anak mereka. Semua ibu dan bapa sayangkan anak yang lahir hasil simbol cinta mereka. Tapi mengapa seorang bapa beragama Islam yang begitu pengasih tiba-tiba merayu kepada pihak berkuasa untuk membenarkan kedua-dua anaknya dimatikan? Kejam sangatkah bapa yang begitu pengasih kepada anak-anaknya ini hingga sanggup melihat kematian anak-anaknya?

Peristiwa ini berlaku di Patna, India. Kerana tidak tahan melihat penderitaan dua anak kembar siamnya yang melekat di kepala, seorang bapa bernama Mohammad Shakeel Ahmed telah memohon kepada kerajaan India untuk  membenarkan kedua-dua putrinya itu dimatikan. Kata Mohammad apa guna putri-putrinya itu hidup, jika tiada bantuan kewangan untuk membolehkan mereka menjalani rawatan yang sempurna. Setiap hari bapa ini melihat penderitaan anak-anaknya itu dan dia tak tahan lagi melihat penderitaan itu untuk tempoh yang lebih lama.

Kedua-dua putri Mohammad bernama Saba dan Farah Shakeel, 15, menderita sakit kepala kronik, sakit sendi dan kesukaran untuk bertutur sepanjang pembesaran mereka. Pasukan pakar kembar siam yang diketuai oleh Benjamin Carson dari Amerika Syarikat mendapati kembar tersebut berkongsi saluran darah utama di otak dan mempunyai dua buah ginjal dan kerana itu adalah sangat sukar memisahkan tubuh mereka.

Conjoined Indian twins, Saba, left and Farah with parents in Patna (Picture by Prashant Ravi)

Mohammad, isterinya Rabiya Khatoon, kedua-dua putri dan anak lelakinya.

Kedua-dua putri Mohammad itu sebelum ini pernah menerima bantuan hasil campur tangan daripada Putera Mahkota Abu Dhabi tetapi selepas wang itu habis,  Mohammad yang bekerja di gerai teh di Patna kini tidak lagi mampu membiayai kos rawatan anaknya yang tinggi.

Semoga Tuhan meringankan beban keluarga ini....

(sumber info: BBCNews)

1 comment:

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....