Biar betul...benarkah ada sebuah jam yang dicipta khas untuk mengetahui tarikh kematian diri sendiri? Jika ada jam begitu, teringinkah korang melihat tarikh kematian diri sendiri?
Sebuah laman yang menamakan dirinya Deathclock (http://www.deathclock.com) telah memasang sebuah jam bagi mengetahui tarikh kematian seseorang.
Jika ingin mencuba bermain dengan jam ini korang cuma perlu masukkan nama, umur, berat badan, tinggi, merokok atau tidak merokok, dan lain-lain maklumat yang diperlukan. Kemudian korang akan tahu berapa lama lagi baki hidup korang selepas klik di sini: Deathlock link
Mungkin menakutkan mengetahui bila korang akan meninggal, tapi deathclock itu hanyalah sebuah program prediksi ciptaan orang-orang Barat yang mungkin tujuannya cuma untuk berjenaka. Kepada orang-orang Islam ajal maut adalah di tangan Allah dan ia adalah rahsia Allah yang tak boleh diungkap oleh manusia. Allah telah menyatakan suatu rahsia tentang kematian yang tidak diketahui oleh ramai orang bahawa saat kematian yang dialami oleh seseorang sesungguhnya tidaklah sebagaimana yang dilihat orang lain. Allah menceritakan kepada kita dalam al-Quran, saat-saat kematian sebagai berikut:
“Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan, padahal kamu ketika itu melihat, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu. Tetapi kamu tidak melihat.” (al-Waqi‘ah: 83-5).
Jadi, jangan percaya kepada deathclock, jangan juga percaya kepada doktor yang mungkin menyatakan seseorang itu hanya akan tinggal beberapa hari atau bulan lagi untuk hidup kerana apapun ramalan orang, hanya Allah Yang Maha Mengetahui rahsia yang dipegangNya...
wah...tarikh mati pun boleh tahu?? Alahai... kalau dah ajal...tengah makan pun boleh mati...
ReplyDeletehuhuhu...
SIAPAKAH 10 TOP BLOGGER di MALAYSIA?