Gemuk atau kurus tak ada kena mengena dengan waktu makan...
Tips kesihatan ini selalu sangat JR dengar: jangan makan waktu lewat malam, apa lagi bila hampir tidur. Kononnya waktu makan terbaik ialah sebelum pukul 8 malam. Kononnya makan malam melebihi pukul 8, apa lagi lepas pukul 9 malam boleh mengakibatkan seseorang itu menjadi gemuk. Malah ada yang sangat percaya apapun yang seseorang itu makan di malam hari, ia tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada tubuh, ia hanya akan mengumpul lemak, lemak dan lemak! Sebab itulah bila seorang artis yang kurus kering ditanya tentang tabiat makannya, dia akan berkata: saya cuma makan sayur dan buah saja waktu malam...sebab itulah badan saya kurus kering seperti cicak kubing!!
Tapi benarkah makan malam boleh menjadikan seseorang itu gemuk? Jawabannya: tidak benar sama sekali!! Sering makan malam sebenarnya tiada kena mengena langsung dengan kegemukan. Memang makan malam hari, terutama beberapa minit sebelum tidur boleh mengganggu sistem pencernaan termasuk sembelit di pagi harinya, tapi makan larut malam belum tentu membuatkan seseorang itu gemuk..
Mengikut maklumat di dalam www.intense-workout.com/ (IW) , tubuh kita bukannya mesin jam yang boleh membaca waktu dan tahu konsep waktu. Oleh sebab itu mengikut IW, tubuh kita tidak tahu pukul berapa kita makan, tidak tahu siang atau malam kita makan. Bagi tubuh kita, 400 kalori yang dimakan pada pukul 10 pagi tidak ada bezanya dengan 400 kalori yang dimakan pada pukul 10 malam, kerana dalam tubuh kita tiada mesin jam yang mengenal siang atau malam. Jadi mengikut IW jika kita tidak sempat makan pada waktu siang atau petang, boleh saja digantikan dengan makanan berat pada larut malam, asalkan jumlah kalori yang diambil tidak melebihi dari keperluan harian kalori seseorang.
Dalam menjaga berat badan ideal, kemasukan kalori dalam badan yang perlu diutamakan, bukan pukul berapa seseorang itu makan. Keperluan kalori pada setiap orang pula berbeza-beza, bergantung kepada tinggi, berat badan dan aktiviti hariannya. Misalnya jika keperluan harian kalori seseorang ialah 2,000, lalu ambillah jumlah yang tidak melebihi 2,000 sehari, tidak kira ia diambil siang atau malam. Namun untuk kesan terbaik bagi kesihatan, disyorkan makan tiga kali sehari dalam kalori yang ditetapkan bagi memastikan tidak timbul penyakit-penyakit akibat sistem pemakanan yang tidak teratur.
Harap info ini berguna untuk korang...selamat makan malam!!!
(sumber: Intense Workout)
mkn bila perlu je la cam ni..ihik
ReplyDeletekena belajar kira kalori ni. u r what u eat.. :-)
ReplyDeletealamak jr, saya suka makan malam dengan banyak.. patot la badan naik =_=
ReplyDeleteashafanie: Betul tu..makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang..
ReplyDeletediana: makan biskut pun kena hati2 jugak, kalau biskut manis penuh krim kalorinya pasti lebih dari nasi!!
ReplyDeleteblogtipskurus: betul tu...
ReplyDeleteFreaky: Kena banyak2 joging lepas nie...
ReplyDeleteHe3, sebab takut gemuk la budak2 pompuan sanggup x mkn malam...
ReplyDeleteEntry terbaru -> Blogger Buat Segmen Wordless Wednesday & Spontaneous Thursday Patut Bersara... (",)
Mengarut..
ReplyDeleteTak boleh makan malam sebab takut makanan yang terkumpul lepas makan tu akan terkumpul jadi lemak. Sebab kita tak banyak buat aktiviti berat masa malam. Jadi berkemungkinan lemak lemak akan berkumpul. Lagi satu tu, tak semua orang makan malam jadi gemuk. Ikut hormon lah. Jangan lupa makan tu makan berkhasiat jangan makan benda yang berat waktu malam. Skip waktu makan bukan cadangan yang baik dan sihat.
ReplyDeleteLa ni blh mkan mlam ka x leh? X faham la. Sat kata kena mkn mlm dan ada plk yg kata x leh sbb malam kurg buat kerja bagai. Pening la. Mana satu ni?
ReplyDelete