»

26 June 2011

Tiada Maaf Bagimu Wahai Pak Menteri!!!




Bukan senang nak tengok Menteri di negara kita memohon maaf secara terbuka bila pegawai Kementerian di bawahnya melakukan kesalahan. Bila terjadi kemalangan maut yang dahsyat yang melibatkan ramai kematian disebabkan keadaan jalan yang teruk, pernahkah korang dengar Menteri Kerja Raya meminta maaf secara terbuka kepada mangsa-mangsa kemalangan dan keluarga mereka? Tidak pernah kan, sebaliknya yang dipersalahkan ialah pemandu yang dikatakan cuai. Bila ada yang meninggal di hospital kerana kecuaian hospital, pernahkah Menteri Kesihatan  membuat permohonan maaf secara terbuka? Tidak juga kan? 

Malah pada 19 November 1985 apabila 3,600 orang anggota polis dari pelbagai unit menggempur Kg Mamali, Baling, yang mengakibatkan 14 orang kampung yang baru selesai solat Subuh terbunuh dan berpuluh lagi cedera, pernahkah ada Menteri kita yang memohon maaf kepada keluarga mereka yang terbunuh dan tercedera hasil amukan polis itu? Tidak kan?

Jika di Barat dan negara-negara maju seperti Jepun, bila pegawai Kementerian mereka buat silap, bukan saja Menteri meminta maaf, tapi ada yang sanggup meletak jawatan kerana mereka rasa bertanggung jawab atas apa yang pegawai mereka lakukan.


Namun bukan semua menteri kita yang tak pandai minta maaf. Semalam Menteri Perumahan  dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung memohon maaf secara terbuka berhubung insiden seorang gadis dipotong rambut sehingga botak semasa mengikuti latihan di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wakaf Tapai di Marang, Terengganu pada 2 Mei lalu. Bagi korang yang ingin tahu berita lanjut mengenai insiden gadis dibotakkan kepala ini, boleh baca di sini

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas JBPM, kejadian itu amat dikesali. Saya mohon maaf. Saya harap keluarga pelatih itu dapat menerima permohonan maaf saya,” kata Datuk Chor pada sidang akhbar di Alor Setar semalam.

Tapi permohonan maaf Menteri itu tak diterima oleh bapa Hizyaty, Othman Long. Alasan bapa Othman mengapa dia tak dapat menerima permohonan maaf itu ialah kerana ia bukan dilakukan secara bersemuka

"Saya hormati beliau (Menteri Perumahan) yang sedia memohon maaf, tetapi caranya tidak kena. Saya tidak dapat menerima permohonan maaf yang dibuat dengan cara itu" kata Othman.

JR setuju dengan apa yang Othman katakan itu. Tindakan memohon maaf memang patut dipuji, tetapi memohon maaf juga ada caranya. Mengapa Menteri itu memohon maaf di depan wartawan akhbar, kerana bukan wartawan yang Menteri itu  nak minta maaf, tapi Hizyaty? Yang dia nak minta maaf ialah kepada Hizyaty, mengapa Menteri itu tidak pergi ke rumah Hizyaty dan meminta maaf secara bersemuka dengannya? 

Jika dekat-dekat pilihanraya Menteri boleh "mencemar duli" masuk kampung dengan berpakaian biasa, mengapa sekarang dia tak boleh menemui keluarga Hizyaty yang juga tinggal di Alor Setar? Jika Menteri itu boleh buat sidang akhbar di Alor Setar untuk minta maaf, mengapa dia tak boleh pergi bersemuka dengan Hizyaty yang juga tinggal di Alor Setar? 

Tak mungkin Menteri itu takut kereta Mercedes yang dinaikinya kotor bila masuk kampung, kerana beliau mempunyai pemandu sendiri yang dibayar Kerajaan untuk membersihkan keretanya. 

Atau adakah kerana pilihanraya masih lambat, belum masanya untuk Menteri masuk kampung lagi??

2 comments:

  1. kesian tengok perempuan ni. ape motif entah kena botak kan kepala kan.

    ReplyDelete
  2. cahayabintang: mungkin tukang gunting tu rabun mata...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....