»

26 June 2011

Awas...Jenayah Diramal Bermaharajalela Pada Bulan Julai

http://media.vivanews.com/images/2009/05/27/71301_mesin_atm_sebuah_bank_yang_telah_dikuras_ditemukan_di_kebun.jpg



Jika korang rajin tengok Berita TV, akhir-akhir ini siaran berita banyak dipenuhi dengan  kecaman banyak pihak terhadap Perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan. Apa itu BERSIH? Bersih ialah perhimpunan aman  rakyat bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil di negara ini. Dianggarkan seramai 300,000 orang akan hadir dalam perhimpunan itu. Pada perhimpunan BERSIH pertama pada tahun 2007 telah dihadiri oleh 80,000 orang.

Bukan tujuan JR untuk membuat publisiti mengenai BERSIH. Biarlah TV saja yang tiap-tiap hari membuat publisiti mengenai BERSIH dalam siaran beritanya. 

JR cuma nak membayangkan apa yang akan jadi pada 9 Julai ini...

Dua tiga hari sebelum 9 Julai ini, kerajaan pasti akan mengerahkan ramai anggota polis dari seluruh negara ke Kuala Lumpur (KL) bagi menghalang perhimpunan BERSIH itu. Bayangkan jika puluhan ribu atau ratusan ribu polis digerakkan ke KL, apa akan jadi dengan keselamatan dan ketenteraman di kawasan-kawasan lain di luar KL? Bagi penjenayah inilah peluang terbaik mereka untuk merompak, menyamun dan mencuri di Ipoh, Pulau Pinang, Johor Baru, Kota Baru, Kuala Terengganu, Melaka, Alor Setar, Kangar dan lain-lain tempat. Penjenayah mungkin mulai sekarang sedang merancang sesuatu kerana mereka tahu kerajaan dah arahkan begitu ramai polis dari luar KL  untuk berkampung di KL pada 9 Julai 2011 dan beberapa hari sebelum itu. Balai-balai polis tempat-tempat lain mungkin akan lengang kerana ramai yang dikerahkan ke KL.
 
Oleh itu, kepada korang yang tinggal di luar KL, terutama yang ada kedai emas, pemilik bank dan orang awam, berhati-hatilah. Bagi mereka yang banyak wang, upahlah body guard untuk kawal keselamatan. Untuk mereka yang tak mampu mengupah body guard seperti JR, elakkan mengeluarkan wang tunai banyak-banyak di bank atau di ATM. Bagi  perempuan pula, awas, jagalah diri baik-baik kerana peragut dan perogol tahu hari itu (9 Julai 2011) tidak ramai orang yang bertugas di balai polis..

Apa nak buat, kan, peserta perhimpunan aman BERSIH yang tak pernah ada rekod jenayah itu kini adalah musuh no 1 kerajaan. Penjenayah yang terdiri dari perompak, penyamun, pencuri,  peragut, perogol dan lain-lain pula pada hari itu bukan lagi musuh kerajaan. 

Apa nak buat, kita cuma rakyat biasa...... 




No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....