Kata orang cinta itu buta. Kata org juga cinta itu buat manusia jadi separuh gila atau benar-benar gila. Kerana cinta juga kadang-kadang ada yang sanggup membunuh.
Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita dari Perancis bernama Karen Jumeaux, 22 tahun, yang kerana cinta tetap melangsungkan perkahwinannya dengan Anthony Maillot yang telah meninggal dua tahun lalu akibat satu kemalangan jalan raya. Sejak kematian Anthony, Karen melakukan pelbagai cara untuk berkahwin dengan Anthony tapi ia sukar dilaksanakan kerana Anthony telah meninggal. Akhirnya kerana tiada jalan lain, Karen terpaksa meminta kelulusan daripada Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy untuk menikahi Anthony.
Akhirnya Karen dibenarkan berkahwin dengan Anthony yang sudah dua tahun meninggal itu. Dengan mengenakan gaun putih, Karen hadir melangsungkan pernikahan di tempat Anthony dimakamkan di Dizy-le-Gros, Perancis Timur, disaksikan oleh keluarga dan teman terdekatnya.
"Anthony adalah cinta pertama dan terakhir saya. Kami telah bersama selama empat tahun. Sekarang, saya adalah isterinya yang sah. Saya akan selalu mencintainya," kata Karen sambil menitikkan air mata.
Pakar undang-undang Perancis menyatakan bahawa sekiranya Karen ingin berkahwin lagi, wanita itu perlu membuat permohonan untuk bercerai...
(sumber: dailymirror)
memang setia sangat cinta dia tu.. terharu..
ReplyDeleteFreaky: Freaky kena juga jadi macam tu...
ReplyDeletehhhmmm.. kesian orang ni.
ReplyDeletedah mati pun boleh jugak kawen ek. setia hingga hujung nyawa.
ReplyDelete