»

06 June 2011

Seronoknya...Mulai Hari Ini Aku Jadi Mr. Mama!!!



Kisah seorang suami yang menjadi suri rumah..


Isnin yang sibuk datang lagi!! Cuma kali ini bukan sibuk dengan kerja, tapi sibuk dengan urusan peribadi. Terlalu sibuk sampai terlupa nak breakfast!! Bangun jam 5.30 pagi dan selepas solat terus bersiap kerana hari ini perlu mengiringi isteri ke Padang Besar, Perlis. Jam 7.15 pagi keluar dari rumah bersama isteri dengan keretaku. Kemudian pergi ke rumah dua rakannya sebab mereka mahu menumpang bersama untuk ke Padang Besar.

Sebenarnya hari ini isteri JR dan rakan-rakannya mahu ke Bangkok dan Chengmai, Thailand kerana sesuatu urusan. Bukan satu dua hari mereka akan berada di negara gajah putih itu, tapi hingga seminggu mereka di sana. Puaslah mereka... beli barang sambil melancong, huhuhu...

JR menghantar mereka ke Padang Besar dan dari Padang Besar mereka akan menaiki sebuah bas eksekutif yang sedia menunggu di sana untuk ke Thailand.  Selepas bas bertolak menuju ke sempadan Thailand, JR ke bazar bebas cukai Padang Besar bersendirian. Semuanya ada di bazar dekat sempadan Thai itu dari  pakaian berjenama, kasut berjenama, tali pinggang berjenama, semuanya berjenama dari luar negara, tapi bercop "made in Thailand", huhuhu...

JR tak ikut isteri dalam lawatan ke Thailand kerana selain dari JR pernah ke Thailand, JR perlu menjaga rumah dan anak...maklumlah kan, JR ni ayah misali  katakan!!

Jadi mulai hari ini JR akan jadi suri rumah selama seminggu, jaga rumah, pastikan rumah sentiasa bersih, basuh pakaian dan pinggan mangkuk, pastikan bunga-bunga di halaman rumah disirami air selalu, masak apa yang perlu dan yang paling penting kebajikan anak terpelihara. 

Wah, pasti seronok jadi suri rumah sekali sekala, jadi Mr Mama...huhuhuhu

2 comments:

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....