»

06 June 2011

Air Mata Pengantin: Menyesal Aku Kawin....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGWBNir05lqcYCX9XDoqVupzPPtIKoqMf7tYjw7YAqmLKlhwH4P5y_a80YZCXigBDE4yFtzKJ1iKjeTmzXABKF7ca3bSZMsTYh3ucsPFrQraBFA2oA3ewYCE_lmb5_BPbenwH9XY9ZJAw/s1600/kahwin.jpg 
Syoknya kahwin...


Salam untuk semua pembaca blog JR,

Letihnya hari ini. Maklumlah musim kenduri. Kesian kat perut, perlu isi, isi dan isi. Kepada yang sedang menempuh gerbang perkahwinan, JR ucapkan selamat pengantin baru, semoga berkekalan ke anak cucu!!

Di musim perkahwinan ni JR nak ceritakan korang kisah seorang kawan yang baru berkahwin. Untuk memudahkan cerita, JR namakan kawan ini Mr Y atau Y aje...

Y ini punya banyak kawan. Sebelum kawin dia selalu melepak dengan kawan-kawannya di sebuah warung berdekatan taman perumahan mereka. Tapi lepas saja kahwin dia terlalu sibuk..ya la sibuk dengan isteri cantik manisnya, tak ada masa langsung untuk menjenguk kawan-kawan bujangnya.

Tapi selepas 10 hari kahwin, satu hari  Y muncul di warung yang telah lama tak dikunjunginya....

"Amboi pengantin baru... ingatkan dah lupakan kami!!," kata seorang rakannya, A.

Tapi Y diam saja. Mukanya seperti muram...sedih...Tidak ceria seperti sepatutnya, tidak ceria seperti layaknya seorang pengantin baru. Apa yang tak kenanya dengan Y ni?

"Eh yang kau ni nampak macam sedih saja...mengapa? Eh, senyum la sikit, tak baik tau pengantin baru macam ni...," kata seorang lagi kawannya, B.

"Memang aku sedih...sedih sangat-sangat.." kata Y. Semua mata kawan-kawannya tertumpu kepada Y. Eh, baru seminggu kawin dah ada masalah?

"Mengapa kau sedih, isteri kau..."

"Bukan masalah isteri aku. Masalah aku...itu yang aku sedih, sedih sangat-sangat..." jawab Y.

"Masalah kau..Eh, apa yang tak kena dengan kau? Kau.." teka B.

"Aku menyesal...sangat-sangat menyesal..." tiba-tiba Y seperti menangis.

"Kau menyesal kahwin? Mengapa pula ni?" kata seorang kawan lain, C. 

"Ya, aku menyesal kahwin, sangat menyesal!!" jawab Y.

Semua mata rakan-rakan Y tertumpu kepada Y. Mereka membiarkan saja Y meneruskan kata-katanya. Mereka tak ingin mendesak mengapa Y menyatakan dia menyesal berkahwin. Biar dia sendiri yang menyebutnya.

"Memang aku menyesal kahwin...Tapi bukan aku menyesal kahwin dengan bini aku," kata Y dengan suara perlahan, " Tapi aku menyesal mengapa aku KAHWIN LAMBAT!!. Sungguh menyesal! Jika aku tahu beginilah indahnya perkahwinan, aku akan kahwin dari dulu lagi, aku tak akan kahwin lambat...Itu yang buat aku sangat kesal ni!!"

Moral cerita ini ialah bagi yang telah cukup syarat-syaratnya, jangan tunggu lama-lama, kahwinlah cepat. Janganlah kahwin lambat, takut nanti korang menyesal seperti Y. 

Perkahwinan sungguh indah, ia mengajar kita makna tanggung jawab, makna tolak ansur dan makna kehidupan sebenar...JR berkata adalah dari isi hati seorang lelaki yang telah berkahwin, seorang suami yang gembira dengan perkahwinannya...

6 comments:

  1. hahaa aduyai jr ingatkan menyesal ape.. ish ish.. kenduri best kan jr ? makan2 :D

    ReplyDelete
  2. kenalah happy at least smpat juga kawen

    ReplyDelete
  3. Freaky: Kenduri memang best, tapi jadi pengantin lagi best!

    ReplyDelete
  4. Budak Botak: Bagus3...kalau calonnya belum ada, JR boleh tolong carikan!!

    ReplyDelete
  5. Rina: memang kena happy....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....