»

06 June 2011

Doktor 70 Sen

 
                                               Dr Sudanto
 
Macam tak percaya! Dalam dunia yang dipenuhi manusia mata duitan, dalam dunia di mana nyawa manusia pun menjadi bahan perniagaan, tapi rupanya masih ada perawat yang berhati emas. 
 
Usia doktor ini sudah agak  lanjut... 67 tahun. Namun dalam usia sebegitu semangatnya untuk mengabdi diri kepada masyarakat tak pernah surut. Namanya Dr FX Sudanto. Bagi warga Abepura, Papua, dia lebih popular dengan panggilan "doktor 2,000  kerana doktor ini hanya mengenakan caj sebanyak 2,000 rupiah saja untuk perkhidmatannya. Korang tahu 2,000 rupiah tu banyak mana? 2,000 rupiah adalah bersamaan 70 sen wang Malaysia. Jika doktor ini berada di Malaysia pasti dia akan dipanggil "doktor 70 sen" kerana caj yang dikenakannya hanya 70 sen sahaja!!

Pesakit Dr Sudanto kebanyakannya datang dari kawasan pedalaman yang dihuni oleh  masyarakat berpendapatan rendah. Kadang-kadang kerana tak berduit mereka membawa hasil  sagu, rempah-rempah atau kayu api dari hutan ke klinik sebagai tukaran wang yang mereka tidak ada. Dan doktor yang sentiasa senyum itu menerima apa saja pemberian pesakitnya, malah jika pesakitnya tak berwang, dia akan memberi rawatan percuma (FOC)

Kini sudah lebih dari 30 tahun Dr Sudanto mengabdikan hidupnya sebagai doktor di Abepura.

"Kalau dikatakan letih, ya memang letih. Tapi ini adalah pengabdian dari saya untuk masyarakat yang masih memerlukan saya," kata Sudanto ketika menerima penghargaan dari   Universiti  Gadjah Mada (UGM) di Bulaksumur, Yogyakarta atas kerja kerasnya membantu masyarakat pedalaman..
Adakah doktor-doktor di Malaysia mahu menuruti jejak Dr Sudanto yang hanya mengenakan bayaran rawatan sebanyak 70 sen sahaja? Jika bayaran 70 sen dianggap terlalu murah, mereka boleh mengenakan caj lain: RM1.00. RM5.00 atau RM10.00. Pokoknya tak perlu mencekik darah dengan bayaran RM60 atau lebih dari itu hanya untuk demam dan sakit perut..

10 comments:

  1. bagusnya doktor macam ni. betol2 berkhidmat sbg doktor

    ReplyDelete
  2. terbaikk la..heee..dah follow u..follow back ya :)

    ReplyDelete
  3. Doktor macam ni memang susah la nak jumpa, hue3...

    ReplyDelete
  4. Freaky: Segalanya bergantung pada nawaitu, nawaitu doktor ini nak tolong org, bukan nak kaya cepat...

    ReplyDelete
  5. Salsa: Dah follo dah...thnx!!

    ReplyDelete
  6. Pendekar: Semoga hati kita akan semulianya juga...

    ReplyDelete
  7. Budak Botak: Boleh jumpa 1 dalam 1,000...

    ReplyDelete
  8. Diana: Manusia gila duit ada di mana2, bukan saja di Malaysia, di Indonesia pun ramai. Cuma doktor ini saja, 1 dlm 1,000...

    ReplyDelete
  9. mulia sungguh ati die ek. payah nak cari manusia hati mulia mcm ni sekarang.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....