Biasanya dalam blog ini, JR lebih suka memasukkan entri-entri santai yang lebih berbentuk penyebaran maklumat. JR tak suka menulis perkara-perkara yang ada hubung kait dengan politik kerana selain dari selalu rasa meloya dan nak termuntah dengan cara ahli politik kita bersilat, JR juga bukan merupakan ahli mana-mana parti politik. Kalau orang tanya JR, "Hang sokong parti mana?", JR akan jawab dengan nada sinis, "Parti PAP"
Apa parti PAP itu? PAP ialah Parti Atas Pagar, parti orang yang tak ada parti.
Awal-awal pagi tadi, sebelum masuk tidur, JR buat satu entry bertajuk, "Datuk Lee Chong Wei Kena Tangkap Polis". JR buat entri ni kerana JR rasa sangat-sangat-sangat lucu dengan isu baju kuning yang setiap hari digembar-gemburkan dalam berita TV. Sampai pakai baju kuning pun kana tangkap, ape ke he ni?
Tapi tak sangka pula entry yang dibuat secara santai dan sinis itu telah membuat ada yang tersinggung. Lalu ramai yang meninggalkan komen mereka kena tipu dengan tajuk entri JR. Ada yang berkata ia entry bodoh dan lawak bodoh, malah ada yang memanggil babi. Korang bacalah komen sebahagian daripada mereka (JR siarkan komen negatif saja, komen positif JR simpan dalam tinta emas...):-
fiqasamcasa said...
- ape la...kena tipu...huhu...=)
- glassman said...
- buat lawak ekk. er lawak jugak lah,, lawak menipu, hahaha baik sikit dari lawak bodoh, hahahaha ampeh aku kena tipu daa, lain kali aku tak nak di bodohkan dengan blog kau,, jadi ini 1st and last laa aku dtg sini, tq
- Wa Kena Tipu! said...
- JR ni buat lawak lah. Tau lah dia org kuat BN, pasal pakai baju biru ...
- Spiderman said...
- Lawak bodoh!!!!! Tompang glamer kat blog bro Parpu plak tu!!! Apasal tak tompang glamer kat blog Brother Anwar Bin Ibrahim@BABI? Hampeh!!!!
- Anonymous said...
- Kih.. Kih... Baju kuning oooo baju kuning. Baju kuning untuk berdemontrasi je yang salah... Islam sendiri pun mengajar umatnya bermesyuarah dengan pemimpin. Kini kerana pemimpin politik gila kuasa, gila pangkat dan gila harta turut mengajak rakyat memberontak? Baju kuning untuk menjulang nama negara patut diberi pujian. ..adam amin.. Jerlun, Kedah
- Anonymous said...
- statement org bodoh..
adesss kesian jr terima komen macam tu.. x pasal2 jr dicop parti biru pulak.. =_= sabar ye jr
ReplyDeletemulut manusia, bukan boleh tutp kan ? hurm~
ReplyDeletetergelak sebenarnya nak baca...
ReplyDeletemereka membaca dengan sentimen politik yang masih menebal... mereka tidak membaca di luar kotak politik... hmm... apa lah nak jadi kan??
Namun lumrah lah kalau ada yang baca...mungkin dari mereka-mereka yang kenal blog JR ni barangkali...
maknanya blog ini ada pembaca setia... hehehe..
Freaky: Cu-ba-annnn....
ReplyDeleteDiana: Sesekali kena maki seronok juga...
ReplyDeletesyashafie: Betul3...
ReplyDeletesyashafie: betul3...
ReplyDeletePendekar Berkuda: Bila sentimen mengatasi kewarasan, akhirnya itulah yg jadinya....
ReplyDelete