»

27 June 2011

Tak Mampu Bayar Ambulan, Ayah Gendong Mayat Anak Jalan Kaki


Salam untuk semua pembaca blog JR,

Di petang hening ini JR nak bawakan korang satu cerita mengenai kasihnya ayah kepada anaknya. Mungkin kisah ini sesuai dengan semangat hari bapa yang baru saja berlalu...

Kata orang kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa masa berada. Tapi kadang-kadang kasih ayah melebihi kasih ibu. Ada ayah yang setia menjaga anak yang ditinggalkan ibu yang mengikut suami baru. Bukan semua ibu begitu dan tidak semua ayah juga bagitu baik dengan anak-anaknya.

Apa yang nak JR ceritakan ini ialah satu kisah tragik yang berlaku di Jakarta beberapa minggu lepas. Suatu hari yang sibuk, penumpang keretapi letrik Jakarta – Bogor panik apabila melihat seorang  ayah bernama Supriono, 38 tahun,  sedang mendukung seorang kanak-kanak perempuan yang rupanya sudah pun meninggal dunia. Supriono menaiki keretapi tersebut kerana ingin mengebumikkan anak kecilnya yang bernama Khaerunisa, 3 tahun, untuk di kebumikan di kampung halamannya di Bogor yang terletak 48 kilometer dari Jakarta. Supriono tidak mampu membawa pulang mayat anaknya ke Bogor menaiki ambulan yang biayanya besar dan dengan itu terpaksa menaiki keretapi letrik yang lebih murah tambangnya. 

Tapi setibanya di stesen Tebet, Supriono dipaksa turun dari keretapi, lalu dibawa ke balai polis kerana polis mensyakki  si-anak yang meninggal itu adalah mangsa kejahatan. Di balai polis Supriono memberitahu anaknya meninggal   kerana penyakit cirit birit dan muntah. 



Supriono menjelaskan bahwa Khairunisa sudah empat hari diserang cirit birit dan muntah. Dia pernah sekali membawa anaknya berubat di klinik tapi kos yang dikenakan terlalu mahal iaitu 4,000 rupiah (RM1.41). Supriono yang cuma seorang pengumpul barangan lama hanya berpendapatan 10,000 rupiah (3.50 sen) sehari dan baginya RM1.41 terlalu mahal, kerana dia juga perlu memelihara seorang lagi anak perempuan bernama Muriski, 6 tahun.

Kerana tidak kuasa lagi  melawan penyakitnya, akhirnya Khaerunisa menghembuskan nafas terakhirnya di gobok buruk mereka. Si-ayah miskin itu yang wangnya ketika itu cuma tinggal 6,000 rupiah (RM2.12) susah hati kerana dia tak mampu membeli kain kafan dan keranda  untuk urusan pengkebumian anaknya dan kerana itu dia bercadang untuk ke Bogor kerana di sana pasti ada saudara mara yang dapat membantunya.

Selepas membuktikan tiada unsur jenayah kepada kanak-kanak tersebut barulah Supriono dibenarkan meninggalkan balai polis. Malangnya Supriono yang tidak mempunyai wang lagi terpaksa menggendong anaknya berjalan kaki ke Bogor untuk mengkebumikan anaknya. Jarak antara Jakarta dan Bogor ialah 48 kilometer dan Supriono terpaksa berjalan kaki sejauh itu menggendong mayat anaknya yang dibungkus dengan  kain sarung sambil sebelah tangan lagi memegang tangan anaknya Muriski.

Tapi gelagat Supriono yang sebelah tangan  mengusung mayat manakala sebelah tangan lagi memegang seorang lagi anaknya itu telah menarik perhatian beberapa orang pejalan kaki yang lantas membuat kutipan derma kilat bagi membolehkan Supriono pulang ke Bogor bagi mengkebumikan mayat anaknya.

Bila membaca kisah tragis itu tiba-tiba JR teringat kepada ungkapan seseorang mengenai kemiskinan di negaranya:

Negaraku makmur
Yang kaya semakin kaya
Yang miskin papa kedana...

(Sumber info: IN)

10 comments:

  1. ame agak tersentuh baca cerita ini . tak sangka ada orang sesusah itu ya . dan syukur dan doakan murah rezeki kepada yang sudi membantu Supriono dengan derma kilat tersebut .

    ReplyDelete
  2. isk. sampai macam tu skali kan. T_T

    ReplyDelete
  3. ya Allah kesian betol si ayah tu. nape tak minta tolong dengan orang lain.

    ReplyDelete
  4. Bila kita susah ingatlah ada lagi org yg lebih susah...

    ReplyDelete
  5. Ame: berat bahu memikul, berat lagi mata memandang...

    ReplyDelete
  6. beLla: negaranya kaya, penduduknya miskin...

    ReplyDelete
  7. Freaky: Ramai manusia selfish...

    ReplyDelete
  8. sedih T__T kesian pon ada. ni lah nasib org susah. kita yg senang, patot bersyukur.

    ReplyDelete
  9. kenapa la susah sgt mcm ni..kelau betul kat balai polis lagi depa dh boleh bantu..tak perlu tunggu si ayah kendong kat tepi jalan baru org nak bantu..polis sana butakah????

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....