Petang tadi JR terbaca laporan Bernama yang berkata polis telah menahan lapan lelaki di Taman Kosas, Ampang pagi tadi kerana memakai baju berwarna kuning. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, kesemua mereka ditahan atas kesalahan memakai baju berkenaan dan seolah-olah menyokong perhimpunan aman BERSIH pada 9 Julai ini.
"Mereka juga didapati mengganggu-gugat ketenteraman orang ramai ketika menunggang motosikal (dengan memakai baju kuning) di kawasan terbabit dan ekoran itu kita menahan mereka untuk langkah pencegahan awal," katanya ketika dihubungi Bernama.
"Mereka juga didapati mengganggu-gugat ketenteraman orang ramai ketika menunggang motosikal (dengan memakai baju kuning) di kawasan terbabit dan ekoran itu kita menahan mereka untuk langkah pencegahan awal," katanya ketika dihubungi Bernama.
Eh, peliknya Malaysia: pakai baju kuning pun salah?
Pakai baju kuning rupanya salah ikut undang-undang Malaysia (seksyen berapa, akta apa?).
Cuma yang tak salah dalam etika berpakaian di Malaysia ialah:
i) pakai baju (semua warna) yang nampak separuh dada seperti artis-artis wanita kita, itu tak salah mengikut undang-undang. Pakai baju nampak separuh payudara tak salah...
ii) tak pakai baju langsung seperti yang banyak kelihatan di pantai-pantai negara kita pun tak salah juga... (JR pernah lihat wanita mat salih di pantai Langkawi yang cuma berseluar dalam tak pakai baju langsung), itu pun tak salah. Tak pakai baju langsung tak salah ikut undang-undang Malaysia....
Tak pakai baju tak salah, yang salah ialah pakai baju... baju kuning..
Tapi petang tadi ada seorang hero Malaysia yang mengibar bendera Malaysia di luar negara dengan memakai baju kuning. Siapa dia hero negara yang memakai baju kuning tu? Dia ialah:
Datuk Lee Chong Wei!!! Datuk lee Chong Wei memakai baju kuning!!!
Petang tadi, pemain negara Datuk Lee Chong Wei muncul juara kejohanan badminton Terbuka Indonesia di Astora Senayan, Jakarta. Chong Wei menewaskan bintang Denmark Peter Gade 21-11 dan 21-7 dan menjadi pemain bukan Indonesia pertama merangkul kejuaraan hatrik dan melakar nama sebaris dengan wira badminton Indonesia Ardy Wiranata dan Taufik Hidayat. Chong Wei yang memakai baju kuning bermain dengan penuh semangat dalam pertarungan selama satu setengah jam itu.
Bila pulang ke Malaysia esok, Chong Wei pasti akan diberikan sambutan hebat di Lapangan Terbang. Pihak polis juga pasti sedang menunggu Chong Wei untuk menangkapnya.
Apa kesalahan Chong Wei hingga dia perlu ditangkap?
Kesalahan Chong Wei ialah kerana dia memakai baju kuning ketika bermain badminton di Indonesia!!!
bukan maen lagi tajuk entry JR.. tp ada benarnya.. ape kesalhn org baju kuning ni, bendera malaysia pon ada warna kuning, so sokong jela kan warna yg ade..ihik
ReplyDeleteape la...kena tipu...huhu...=)
ReplyDeletebuat lawak ekk. er lawak jugak lah,, lawak menipu, hahaha baik sikit dari lawak bodoh, hahahaha ampeh aku kena tipu daa, lain kali aku tak nak di bodohkan dengan blog kau,, jadi ini 1st and last laa aku dtg sini, tq
ReplyDeleteJR ni buat lawak lah. Tau lah dia org kuat BN, pasal pakai baju biru ...
ReplyDeletedah agak dah... tapi terselit jugak ayat yang membuatkan kita berfikir tentang perkara ini.
ReplyDeleteDi mana logiknya tindakan pihak polis tu?? Sungguh tak di fahami...
p/s : email saya dah balas...
Lawak bodoh!!!!! Tompang glamer kat blog bro Parpu plak tu!!! Apasal tak tompang glamer kat blog Brother Anwar Bin Ibrahim@BABI? Hampeh!!!!
ReplyDeleteKih.. Kih...
ReplyDeleteBaju kuning oooo baju kuning.
Baju kuning untuk berdemontrasi je yang salah... Islam sendiri pun mengajar umatnya bermesyuarah dengan pemimpin.
Kini kerana pemimpin politik gila kuasa, gila pangkat dan gila harta turut mengajak rakyat memberontak?
Baju kuning untuk menjulang nama negara patut diberi pujian.
..adam amin..
Jerlun, Kedah
statement org bodoh..
ReplyDeleteashafanie: Kepala tak semestinya sama dgn badan...Tajuk lain, isi lain itu perkara biasa dlm dunia journalis...
ReplyDeletefiqasamcasa: Pengajaran dari cerita ini: jgn percaya dgn apa yg anda lihat krn apa yg kelihatan tak semestinya sama dgn apa yg keseluruhannya ada..
ReplyDeleteglassman: Terima kasih krn menjadi pembaca pertama dan terakhir...
ReplyDeletewa kena tipu: Saya tak menyebelahi mana2 pihak. Jika kuning tetap kuning, jika hitam tetap hitam..
ReplyDeletePB: Polis kita tlh diprogram menjadi robocop yg lurus bendul...kesian...
ReplyDeleteSpiderman: Memang lawak bodoh...krn saya mungkin terpengaruh dgn lawak bodoh dlm siaran berita RTM & TV media prima...
ReplyDeletehaha ingat2 kan chong wei betol2 kene tangkap tadi.. adoiyai
ReplyDeletedulu dulu dengar pakai baju kuning kat Perak tak boleh...... sebab lambamg diraja, la ni kat KL pun tak leh, tapi plate kereta singapore yang kuning boleh masuk Malaysia? apa ni
ReplyDelete