»

17 June 2011

Program "Jom Tidur Siang" Bermula




Masa JR kecil-kecil dulu, aruah ayah JR sangat tidak suka bila anak-anaknya tidur siang. Tapi lain pula dengan kerajaan Jepun yang kini menggalakkan rakyatnya supaya tidur siang. Mengapa kini rakyat Jepun digalakkan tidur siang? Ini jawapannya:

Pekerja jabatan-jabatan kerajaan telah diminta untuk pulang ke rumah dan tidur siang mulai pukul 1.00 tengahari hingga 3.00 petang waktu tempatan  untuk mengurangi penggunaan letrik dan peralatan elektronik lain di tempat kerja bagi menghadapi musim panas yang akan berlangsung mulai bulan Julai hingga September ini.

"Aktiviti tidur siang diilhamkan dari amalan tidur petang di Sepanyol. Ia adalah salah satu ide yang muncul ketika kami memikirkan bagaimana cara menjimatkan tenaga letrik di tengah punca kuasa yang terhad," kata Hiroshi Ichihara, seorang jurucakap kerajaan.

"Penggunaan letrik akan turun jika hanya ada sedikit orang di pejabat," kata  Ichihara, sambil menambah bahwa menjadi hasrat kerajaan untuk menurunkan penggunaan letrik hingga 20 peratus jika ramai pekerja pulang dari pejabat dan tidur dari jam 1.00 hingga 3.00 petang.

Namun satu berita yang tak menyeronokkan ialah pekerja  yang tidur siang ini akan dipotong cuti tahunan mereka mengikut masa yang diambil untuk tidur siang!!

3 comments:

  1. tidur petang la best...tapi kalo panas tak best juga na tidur =_=

    ReplyDelete
  2. diana: Ya...kes paksa tidur, lepas tu gaji pula kena potong, tak patut betul kan?

    ReplyDelete
  3. Freaky: JR tak suka tidur siang, sebab bila bangun badan rasa lemah semacam...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....