»

17 June 2011

Aku Perokok Bodoh!!!

 


  Radhi (di tengah) sedang bercakap mengenai dirinya dan dadah

Salam untuk semua pembaca blog JR,

Terlebih dahulu JR memohon maaf kerana lambat bersiaran di petang ini. Ini kerana hari ini adalah hari yang agak sibuk untuk JR. Sebenarnya setiap Jumaat dan Sabtu - hari cuti umum untuk Kedah - JR akan menjadi sangat sibuk. Bila dapat mencuri-curi memegang laptop macam ni kira sangat bernasib baiklah.

Petang ini JR nak bercakap sikit tentang rokok. Tapi sebelum JR bercakap tentang rokok, JR nak tanya sikit: adakah korang perokok? Jika korang perokok tak guna rasanya JR bercakap akan kesan buruk merokok, kerana korang yang sedang membunuh diri dengan mengasap paru-paru sendiri itu pasti lebih tahu. Jika JR kata rokok boleh menyebabkan kanser paru-paru, asma, sakit jantung, malah lemah tenaga batin, korang yang sedang menuju ke arah penyakit kronik itu juga pasti lebih tahu mengenainya. 

Yang korang mungkin kurang tahu ialah mengenai penyanyi Radhi OAG yang dulunya seorang perokok tegar dan kini sedang cuba bergelut keluar dari ketagihan dadah. Radhi kini sedang mendapatkan rawatan dadah di rumah Pengasih. Walaupun berada di rumah Pengasih, kerjaya seninya tidak terhenti begitu sahaja. Jiwa Radhi masih setia dengan muzik dan kini muzik antara terapi jiwa yang paling berkesan untuknya melupakan dadah. Band OAG masih wujud dan akan terus wujud bersama Radhi, bagaimanapun dirinya yang kini terpisah daripada dunia luar menyebabkan Radhi menubuhkan sebuah kumpulan band baru bernama Outlet di Pengasih. Bersama dua anggota lain iaitu Muhammad Kamil Mohd. Muazam (gitar) dan Hafizi Harun (drum), Outlet ditubuhkan untuk menyedarkan orang ramai mengenai bahaya dadah.

“Sepanjang saya di sini (rumah Pengasih) idea saya memang banyak, antara lagu baharu yang saya cipta di sini adalah Aku Perokok Bodoh dan Tears Spark Street. Semuanya untuk band Outlet. Saya gunakan Outlet untuk berkongsi kisah mengenai dadah dengan masyarakat,” beritahu Radhi seperti yang JR petik dari Kosmo.

Aku Perokok Bodoh? JR memang suka dengan tajuk lagu Radhi itu, kerana bagi JR aktiviti merokok tu memang bodoh. Jika tak bodoh, tak kan perokok sanggup  menghisap asap yang tak mengenyangkan dan tak membawa apa-apa manfaat selain dari penyakit kronik itu?

Bagi peminat-peminat Radhi, mereka boleh melihat persembahannya pada 25 Jun depan di kawasan R&R Bukit Dukung Lebuhraya Cheras-Kajang pada jam 9.00 malam. Radhi yang akan diiringi oleh Outlet akan mendendangkan beberapa lagunya ketika bersama OAG dan juga lagu-lagu baru termasuk Aku Perokok Bodoh.

6 comments:

  1. ana peminat radhi oag..!!!!

    ReplyDelete
  2. Radhi dah jadi penagih...kesian...kenapa? Frust gan bininya ke?

    ReplyDelete
  3. aku perokok bodoh. haha best tajuk tu

    ReplyDelete
  4. ana: JR juga peminatnya...

    ReplyDelete
  5. Rose cute: Bininya kini dah jadi bekas bininya...

    ReplyDelete
  6. Freaky: Pasti kita boleh keluar dari dunia bodoh itu...huhuhuhu...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....