»

07 June 2011

Pakaian Menutup Aurat Boleh Mencederakan Wanita?



Iranian women’s soccer team forfeits 2012 qualifier over head scarves
Pasukan bolasepak wanita Iran...sedih dan sebahagiannya menangis kerana diharamkan menyertai pertandingan antarabangsa kerana berpakaian menutup aurat...

Ini sudah jadi kes diskriminasi terhadap orang Islam nih! Tapi nak mengadu kepada siapa atas diskriminasi terhadap Islam ni? Nak mengadu kepada FIFA (Persatuan Bolasepak Antarabangsa), tapi bukankah FIFA dipimpin oleh Datuk Seri Sepp Blatter, orang putih yang tak pernah faham pasal Islam (Sepp Blatter mendapat gelaran Datuk Seri daripada kerajaan negeri Pahang tahun lepas). Atau  mengadu saja kepada Sultan Ahmad Shah, presiden FAM supaya memujuk rakannya Datuk Seri Sepp Blatter supaya membenarkan wanita Islam memakai pakaian menutup aurat? Tapi Sepp Blatter tentu ketawa jika hal itu berlaku, kerana bukankah pasukan bolasepak wanita Malaysia juga tak menutup aurat?


Pasukan bolasepak wanita Iran sedang menjalani latihan

Entry JR hari ini ialah mengenai pasukan bolasepak wanita Iran yang memakai pakaian menutup aurat tetapi telah dinafikan penyertaan mereka ke dalam kelayakan Olimpik gara-gara pasukan wanita Iran memakai pakaian yang menutup aurat. Pada Jumaat lepas, FIFA telah memberikan kemenangan percuma 3-0 kepada pasukan wanita Jordan selepas pasukan wanita Iran enggan menaggalkan hijab mereka dalam perlawanan kelayakan Olimpik yang berlangsung di Amman, Jordan. Memakai pakaian menutup aurat pun salah, tapi jika mendedahkan paha, pusat dan dada seperti sesetengah wanita ketika bersukan tidak pula salah?

 
Tangkas...walaupun menutup aurat mereka tetap tangkas mengawal bola

Dan memandangkan Persatuan Bolasepak Iran masih berkeras supaya pemainnya perlu berpakaian berlandaskan hukum Allah, hari ini FIFA telah memutuskan pasukan bolasepak wanita Iran diharamkan terus dari menyertai kelayakan Olimpik. Bermakna pasukan bolasepak wanita Iran tak dibenarkan lagi menyertai kelayakan Olimpik hanya kerana wanita Iran berpakaian menutup aurat!! Untuk makluman pembaca blog JR pakaian pasukan bolasepak wanita Iran bukan saja menutup aurat, tetapi mereka juga memakai jersi berlengan panjang yang tebal bagi melindungi benjolan yang mungkin kelihatan di dada mereka...

Alasan FIFA mengapa pakaian menutup aurat tidak dibenarkan dalam bolasepak wanita ialah kerana kononnya:

i) Pakaian tersebut melambangkan fahaman politik dan agama yang bertentangan dengan peraturan FIFA.

ii) Pakaian menutup aurat membahayakan, kerana ia boleh mencederakan pemain.

JR tak faham mengapa pakaian menutup aurat mereka katakan boleh mencederakan pemain? Terselak menampakkan paha dan kadang-kadang hingga nampak seluar dalam  dan bra seperti dalam bolasepak pantai wanita boleh pula, ia tak membahayakan pemain Tapi menutup keseluruhan tubuh dikatakan membahayakan pemain, boleh mencederakan pemain kononnya, tak fahamnya aku!! Bukankah pemaian lebih mudah tercedera bila mereka memakai pakaian yang terselak sana terselak sini berbanding yang menutup aurat? Logik apa yang Mat Salih (termasuk ketua mereka Datuk Seri Sepp Blatter) itu pakai? 

Atau mereka tidak suka dengan Islam, takut dengan Islam, takut dengan tata pakaian Islam yang berbeza dengan budaya pakaian dedah-dedah Barat? Adakah FIFA rasa takut jika pasukan bolasepak wanita Iran yang berpakaian menutup aurat menang, mereka secara tidak langsung akan mempromosikan pakaian Islam kepada dunia luar? Adakah mereka takut jika Iran menang, ia akan membuktikan kepada dunia bahawa pakaian menutup aurat tidak menghalang wanita Islam mengalahkan wanita Barat?
 

1 comment:

  1. bila ada je yang tak suka dengan islam. kot mana2 pun pasti akan ada bnyak alasan yang x munasabah diberi

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....