Arina...bahunya patah dirempuh kuda
Jangan main-main dengan kuda!! Ada yang pernah kena penendang kuda, dicederakan kuda, malah ada yang pernah mati kerana kuda.
Pagi tadi di pantai Batu Feringghi, Pulau Pinang, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun patah bahu kiri setelah dirempuh seekor kuda yang ditunggang seorang lelaki. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi tadi, Arina Kirana Azrin turut cedera di paha kanan akibat dirempuh ketika dia sedang bermain dengan kakaknya yang berusia 12 tahun di belakang sebuah hotel. Kakaknya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bapa mangsa, Azrin Abdul Razak, 37, berkata, anaknya terpelanting setelah dirempuh kuda yang ditunggang dengan laju.
"Ketika saya menghampiri dan memegang Arina, dia berada dalam keadaan separuh sedar,” katanya kepada Bernama.
Itu berita tercedera dirempuh kuda. Ada juga kematian yang berlaku di negara ini kerana berlanggar dengan kuda. Kejadian dirempuh kuda ini berlaku di Marang, Terengganu kira-kira dua bulan lepas. Dalam kejadian itu, Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd, 28, yang dalam perjalanan pulang ke kampung meninggal dunia apabila kereta Myvi yang dipandunya berlanggar dengan seekor kuda di Kilometer 38, Jalan Kuala Terengganu - Permaisuri, dekat Kampung Rhu Tapai, Marang.
Kereta remuk kerana kuda
Dia yang parah di kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, tetapi isterinya, Ani Norbaya Abdul Rashid, 26, dan dua anak mereka, Nur Wana, 2, serta Nur Marwa yang berusia 60 hari, tidak cedera.
Kuda berkenaan yang dianggar bernilai RM9,000 milik seorang penduduk kampung turut cedera teruk dan sempat disembelih penduduk kampung.
kesian budak tu jr :( .. bahu dia patah..sakitnyaaa
ReplyDeleteDiana: Dah ditakdirkan nak bertembung dgn kuda, apa nak buat kan?
ReplyDeleteFreaky: Pasti sakit!!
ReplyDelete