Ikan yang sedang korang saksikan di atas dan di bawah ini adalah jenis ikan yang bagi JR adalah ikan yang paling romantik di dunia. Mereka kelihatan begitu sangat mencintai dan tak habis-habis berciuman setiap saat bersentuhan di dalam akuarium. Bahkan, mereka pernah kelihatan berciuman hingga 30 minit tak henti-henti!!
Kisah cinta dua ekor ikan ini menyentuh hati ramai orang yang datang menyaksikan telatah mereka di akuarium yang terletak di wilayah Zhumadian, Provinsi Henan, China.
Kisah cinta dua ekor ikan ini menyentuh hati ramai orang yang datang menyaksikan telatah mereka di akuarium yang terletak di wilayah Zhumadian, Provinsi Henan, China.
Ramai pengunjung menggelar pasangan ikan ini sebagai "ikan asmara". Aksi mereka yang amat mesra dan romantik itu telah menarik ramai pasangan pengantin baru yang mengambil foto ketika ikan ini saling berciuman, malah sesetengah pasangan pengantin kelihatan melakukan aksi sama di hadapan ikan yang sedang berciuman.
Pemilik akuarium bernama Wei menyatakan ikan jenis nuri ini berasal dari Taiwan dan baru tiba beberapa bulan lalu di akuariumnya.
"Kami mencuba memisahkan kedua ekor ikan ini dalam dua akuarium yang berbeza, namun kedua ikan ini tidak mahu makan jika berpisah. Jadi, kami menempatkannya kembali dalam akuarium yang sama," jelas Wei.
Begitulah ikan, walaupun mereka binatang, tapi masih punya nilai kasih sayang dan naluri untuk menyintai dan dicintai. Ikan ini tak mahu dipisahkan, tapi lihatlah manusia...dengan sedikit alasan yang tak munasabah, mereka akan begitu mudah berpisah..
Betapa indahnya dunia jika semua pasangan manusia di dunia juga seperti pasangan ikan itu, lalu tiadalah lagi perceraian dan anak-anak yang terbiar apabila ibu bapa berpisah kerana nilai kasih sayang yang sudah luntur dan hilang...
Apapun, kepada pasangan yang sedang bercinta, pesanan JR ialah jangan lakukan aksi ini sebelum diijab kabulkan. Jangan kerana ikan asmara di atas berciuman sehingga 30 minit, korang juga mahu melakukannya, malah ingin memecahkan rekod mereka!! Ikan ini boleh melakukannya kerana mereka cuma sepasang ikan yang boleh membuat apa saja, tapi kita manusia masih punya agama dan tata susilanya...
(Sumber info & foto: /forum.vivanews.com)
romantik ikan-kan itu.. :-)
ReplyDeletewhoa!ikan2 tu baru jumpe jodoh..mcm tu la..
ReplyDeleteb-t-k: memang romantik!!
ReplyDeleteCik Teddy: Itu manusia...ikan pun teruk mcm manusia ke?
ReplyDeletealahaiiiiiiii...sweetnyeeeeeeeee :)
ReplyDelete