Salam untuk semua pembaca blog JR,
Ini adalah entry ketiga JR untuk hari ini. Jika dua entry sebelum ini, nampak serius, entry ketiga ini lebih santai. Maklumlah malam adalah masa untuk tidur, tak perlu minda dibebankan dengan isu-isu serius...
Cerita JR malam ini ialah mengenai seorang pekerja pos Jerman bernama Uwe Mitzscherlich, 39 tahun yang masih bujang. Uwe memelihara seekor kucing betina berusia 15 tahun bernama Cecilia yang telah dipeliharanya sejak 10 tahun lepas. Dia sangat menyayangi kucingnya itu yang dilayan dengan penuh belaian kasih sayang.
Sayangnya kucing montel berbulu hitam tersebut kini menderita obesiti (mungkin kerana terlalu kerap diberi makan) dan asma (mungkin kerana terlalu kerap dimandikan). Suatu hari ketika menghadiri pemeriksaan kesihatan, doktor haiwan memaklumkan kucing itu mungkin tidak dapat hidup lama lagi kerana penyakit asmanya. Uwe sangat sedih mendengar berita buruk itu dan tak dapat menerima kenyataan dia terpaksa berpisah dengan Cecilia kucingnya. Akhirnya lelaki itu memutuskan untuk mengabadika hubungan kasih sayang mereka selama bertahun-tahun itu dalam satu ikatan perkawinan.
Malangnya, pernikahan manusia dan haiwan tidak dibenarkan di Jerman, jadi Uwe meminta seorang aktor wanita untuk merasmikan upacara pernikahan dengan kucing kesayangannya itu. Pada hari bersejarah itu, pasangan berkenaan berpakaian rapi untuk acara pernikahan mereka. Uwe mengenakan baju putih bersut hitam manakala Cecilia, kucing betina itu kelihatan anggun dengan gaun putihnya yang yang begitu cantik. Uwe kelihatan begitu seronok pada hari itu, manakala Cecilia pula mengiau keras ketika melakukan sumpah pernikahan, seolah-olah turut meraikan pernikahan mereka...

Begitulah...jika tak dapat cinta dari manusia, dapat kasih sayang dari haiwan pun jadilah....
(sumber info: www.mizozo.com)
erghhh kesian kat kucing itu.. pasti tidak bahagia
ReplyDeleteDah 10 tahun dia bahagia dgn tuannya, kini bahagia sbg istri pulak...hihihi
ReplyDelete