»

04 June 2011

Jom lihat Lukisan-Lukisan Termahal Di Dunia...Apa Istimewanya?

Memang dasar orang kaya agaknya, lukisan yang tak semenarik manapun tapi bagi mereka ada nilai seni yang tinggi dan oleh itu mereka sanggup membelinya dengan harga yang sangat mahal! Korang lihatlah lukisan-lukisan di bawah ni, bagi korang apa keistimewaannya hingga nilainya begitu tinggi, ratusan juta ringgit? JR tak nampak pun keistimewaannya, nampak macam biasa ajer, tetapi harganya memecahkan rekod dunia. Mengapa ya?

Cuba lihat lukisan-lukisan termahal ini, apa yang menariknya?:


 1. Portrait of Adele Bloch-Bauer

Lukisan gambar wanita ini dihasilkan oleh Gustav Klimt dan ia dijual pada harga RM405.52 juta (US$135 juta). Kalau korang punya wang RM405 juta korang nak beli lukisan ini ke atau nak beli benda lain? Dengan wang sebanyak itu kita boleh bina berpuluh hospital, sekolah dan banglo super mewah!!

2.Garçon à la Pipe
 
 Lukisan ini dihasilkan oleh pelukis tersohor dunia, Pablo Picasso, harganya ialah RM312.7 juta (US$104.1 juta).


3. Dora Maar with Cat

Lukisan ketiga yang termahal di dunia ini berharga  RM286 juta (US$95.2 juta) yang juga dihasilkan oleh Pablo Picasso.


4. Portrait of Dr. Gachet
            


JR tak mampu berfikir bagaimana lukisan yang menggambarkan seorang tua tak hensem yang sedang termenung ini boleh dijual pada harga RM247.82 juta (US$82.5 juta)? Lukisan ini dihasilkan oleh Vincent van Gogh.


5. Bal Au Moulin de la Galette


Lukisan ini dihasilkan oleh Pierre-Auguste Renoir dan ia dijual dengan harga RM234.3 juta (US$78 juta). Bagi JR berbanding dengan 4 lukisan lagi yang lebih mahal di atas, lukisan inilah yang paling menarik kerana ia membangkitkan emosi ceria bila menatapnya. 
Jadi sekarang korang cuba teka mengapa lukisan-lukisan di atas harganya begitu mahal?  Adakah kerana nilai seninya atau kerana ia dihasilkan oleh Picasso dan lain-lain pelukis tersohor dunia?

Lukisan Termahal Di Malaysia:

Itu lukisan bertaraf dunia, korang nak tau tak lukisan termahal di Malaysia berapa harganya? Lukisan termahal di Malaysia ialah lukisan bertajuk "The Dream" berharga RM500,500 yang dihasilkan oleh Datuk Ibrahim Hussein. Inilah lukisannya:



Dan ini satu lagi lukisan termahal di Malaysia yang dihasilkan oleh Datuk Hoessain Enas. Lukisan  ini bertajuk "Javanese Girl" yang dijual pada harga RM127,600:

                       

Bagi korang yang ada bakat melukis, jangan persiakan bakat itu. Siapa tahu korang akan menjadi terkenal seperti Datuk Ibrahim Hussain dan Datuk Hoessain Enas yang lukisannya mampu dijual dengan harga yang begitu tinggi?

Nota: JR meminati lukisan, tapi tak pandai melukis!!!

1 comment:

  1. Semua lukisn tu dinilai ikot maknenye dgn teknik yg digune.mmg kalo org biase tgk xde pape tp dri nilai artistik tu tinggi.mcm lukisn abstrak,xde mende pon tp org yg pandai niai dia tahu maksudnye,kadang2 tu bile tgk lukisn tu mcm2 prasaan ade sedih,gembira,seram,marah,tenang,dll.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....