»

03 June 2011

Hmmm...Kertas Tisu Diperbuat Daripada Tahi Kuda Pula!!

CIMG1746




Tahi  kuda yang busuk dan menjijikkan itu boleh dijadikan kertas? Jangan heran, kerana kreativiti manusia boleh menghasilkan idea-idea yang mengkagumkan! Dan yang lebih membuatkan JR mau angkat tabik ialah penemuan kertas yang diperbuat daripada tahi kuda ini adalah hasil idea sekumpulan pelajar sekolah menengah yang masih sangat muda.

Tiga orang pelajar Sekolah Menengah Atas (SMA) Muhammadiyah 1 Babat, Kabupaten Lamongan, Jawa Timur, Indonesia terdiri dari Dafina Balqis, Dyah Ayu dan M. Teguh Kurniawan berjaya menghasilkan kertas tulis daripada tahi kuda. Yang paling mengkagumkan ialah ketiga-tiga pelajar ini hanya memerlukan masa tak lebih dari tiga bulan untuk membuat percubaan demi percubaan sehingga tahi kuda yang menjijikkan boleh bertukar menjadi kertas untuk kegunaan ramai.
 
Proses pembuatan kertas dari tahi kuda tersebut perlu melalui 3 proses. Pertama, tahi kuda yang telah kering dimasukkan ke dalam oven selama  15 minit dan lepas itu dilembutkan dengan bahan kimia. Selanjutnya tahi kuda tersebut dicuci dan dibiarkan selama sehari lalu dicampur bahan pemutih dan pelekat dan kemudian  dihaluskan dengan blender. Akhir sekali, bahan yang telah diblend dicetak sesuai dengan ukuran kertas yang diinginkan. Setelah itu, hanya dalam masa  empat jam kertas daripada tahi kuda itu siap untuk digunakan.

Idea pembuatan kertas daripada tahi kuda itu timbul apabila ketiga-tiga pelajar tersebut yang bersekolah berhampiran kawasan ternakan kuda sering melihat banyak tahi kuda berdekatan sekolah mereka. Mereka berharap selepas ini tidak akan ada tahi kuda lagi bertaburan di sekitar sekolah mereka kerana ia dapat dimanfaatkan untuk dijadikan kertas.

Cuma ketika membaca penemuan aneh itu, JR terfikir bagaimana jika kertas daripada tahi kuda itu dijadikan tisu, sanggupkah kita menggunakannya untuk mengelap tangan dan mencuci muka?

(Sumber: berita2.com)

4 comments:

  1. erk saya x sanggup nak guna tisu untuk lap mulut atau muke dengan buatan tahi kuda..

    ReplyDelete
  2. Freaky: Kena tunggu fatwa mufti dulu...

    ReplyDelete
  3. He3, menjijikkan bila pikir...

    ReplyDelete
  4. Budak Botak: Di Singapura air kencing pun dineutralised utk dijadikan minuman...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....