Bila baca berita yang JR lihat dalam mStar ni, JR terfikir macam ada sesuatu yang tak kena. Apa yang tak kenanya? Sebelum menjelaskannya korang bacalah berita yang JR ambil daripada mStar ni:
Ong dan Zainab
GEORGETOWN: Selama satu bulan, beratus-ratus kejadian kebakaran berlaku dengan penuh misteri di rumah seorang warga emas yang terletak di kawasan pedalaman Kelantan.
Apabila masalahnya berjaya diselesaikan, Zainab Sulaiman, 73, berjanji untuk merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada seorang pakar paranormal yang membantunya.
Peluang itu hadir apabila dia berkunjung ke Seberang Perai untuk menghadiri satu majlis perkahwinan.Dia kemudiannya mengembara ke Pulau Pinang dan menetap semalaman di situ untuk berjumpa dengan ahli spiritual, Ong Q Leng.
Ong menawarkan perkhidmatan pemulihan, penyucian secara rohaniah, petua feng shui dan khidmat runding dengan klien-kliennya.
"Apabila mimpi ngeri saya berakhir, saya nekad untuk menemuinya di Pulau Pinang. Ini baru betul kerana dia datang dari jauh semata-mata untuk membantu saya," kata Zainab.
Zainab tinggal di sebuah rumah papan di Kampung Penambang Bunga Emas dekat Kota Baru dengan menantu perempuan dan dua orang cucunya. Rumah tersebut bagaimanapun mengalami siri insiden pelik apabila api misteri membakar lalu merosakkan lebih 250 barangan seperti kain, tikar, tilam dan langsir sejak awal Disember tahun lalu.
Sekurang-kurangnya lima pakar paranormal cuba menghalau hantu dari rumah Zainab sejak akhir tahun lalu hingga Januari lalu (tetapi gagal menghalau hantu-hantu itu). Mereka terdiri daripada seorang bomoh, pengantara warga Thailand, sepasang suami isteri warga Amerika Syarikat yang menghalau hantu, sekumpulan penangkap hantu beragama Islam dan Ong.
Zainab memberitahu, Ong merupakan orang terakhir yang membantunya dan kejadian misteri tersebut berakhir selepas itu.
Ong, 35, melawat ke perkampungan Zainab sebanyak dua kali pada awal Januari lalu.
Dalam lawatan yang pertama, Ong menghalau jin-jin dan mewujudkan suatu 'perlindungan' keatas rumah tersebut.
Lawatan kali kedua adalah untuk menghapuskan entiti paranormal itu.
"Saya pulang selepas menyediakan perlindungan pada hari pertama. Bagaimanapun naluri saya memberitahu masalah lain mungkin timbul. Oleh itu saya kembali ke situ pada keesokannya dan tiba ketika api mula membakar rumah tersebut," katanya.
Selepas membaca berita di atas, korang rasa macam ada yang tak kena tak? JR rasa seperti ada yang tak kena dengan berita tu:
i) JR tak faham mengapa ada orang Islam menggunakan khidmat bomoh Cina yang bukan beragama Islam untuk menyelesaikan permasalahan hantu (JR percaya ianya jin) di rumah orang Islam?
ii) JR tak faham apa yang dimaksudkan dengan "penyucian secara rohaniah" yang dilakukan oleh bomoh Ong? Ayat apa yang digunakannya untuk "penyucian secara rohaniah" itu. Ia pasti bukan ayat Quran, kerana Ong bukan beragama Islam, tapi jika bukan ayat Quran ayat apa?
iii) Selain Ong, Makcik Zainab juga menggunakan bomoh Melayu, bomoh Siam, bomoh orang putih dan "sekumpulan penangkap hantu beragama Islam" tapi semuanya gagal menyelesaikan masalahnya. Siapa penangkap hantu beragama Islam itu, adakah mereka berstatus bomoh, pawang atau ustaz yang menggunakan pendekatan rukyah (perubatan secara Islam) bagi menghalau jin yang menghuni rumahnya?
iv) Ong juga dikatakan mewujudkan suatu 'perlindungan' ke atas rumah Zainab. Jika tak salah JR "perlindungan terhadap rumah" yang dimaksudkan itu bermakna membuat pagar atau "pendinding" bagi menghalang jin menceroboh sesebuah rumah. Membina "pendinding" ini memang amalan biasa dalam masyarakat Melayu yang menggunakan ayat-ayat al-Quran tertentu. Cuma bila Ong yang bukan Islam tu membuat "pendinding" ayat apa yang dia gunakan?
v) Kita punya ramai pakar-pakar rukyah, adakah makcik Zainab pernah menggunakan khidmat mereka?
haha jr, sy sedang gelak tak leh henti ni.. nape la guna bomoh cina halau hantu. hahahah adoii
ReplyDeleteAssalamualaikum
Deletesenang sekali saya bisa menulis kisah nyata kami
dan berbagi kepada teman-teman disini.
Meski hidup dalam keprihatinan, karena hanya mengandalkan penghasilan dari jual gorengan, namun rumah tangga kami terbilang harmonis. Jika berselisih paham, kami selalu menempuh jalan musyawarah. Hal itu wajib kami terapkan untuk menutupi aib dan segala bentuk kekurangan yang ada dalam rumah tangga kami agar tidak terdengar oleh orang luar. Karena begitulah pesan dari para orang tua kami.
Hari demi hari aku habiskan hanya untuk bekerja dan bekerja. Hal itu aku lakukan, selain sadar akan tanggung jawabku sebagai orang tua , juga ingin menggapai harapan dan cita cita. Yah, mungkin dengan begitu ekonomi keluargaku dapat berubah dan aku bisa menyisihkan sedikit uang penghasilanku itu untuk masa depan anak-anakku dikemudian hari. Namun semua itu menjadi sirna.
Selanjutnya kami pun melangkah untuk mencobanya minta bantuan melalui dana gaib tanpa tumbal,alhamdulillah dalam proses 1 hari 1 malam kami bisa menbuktikan.
Jalan ini akan mengubah kemiskinan menjadi limpahan kekayaan secara halal dan tidak merugikan orang lain.
Alhamdulillah semoga atas bantuan ki witjaksono terbalaskan melebihi rasa syukur kami,
saat ini karna bantuan aki sangat berarti bagi keluarga kami.
Bagi saudara-saudaraku yg butuh pertolongan silahkan hubungi
Ki Witjaksono di:+62852-2223-1459
Supaya lebih jelas kunjungi blog http://bocorantogelsingapura59.blogspot.co.id
Atau ~KLIK DISINI~
Freaky: Itulah yg JR tak faham ni...
ReplyDeleteRasanya bomoh yg dipanggil tu bukan bomoh Rukyah. Adeiii syirik2...
ReplyDeleteEntry terbaru -> Gegala Wordless Wednesday Pulak Sekarang Ni Ye... (",)
Budak Botak: Memang sah bukan Rukyah..
ReplyDeletecina, melayu, india, bangla, mat salleh....sesiapalah, selagi rumah Zainab tak 'dibersihkan' sekian lamalah dia terpaksa menderita. Kalau Cina ajak bomoh Melayu halau hantu, takde pula orang komen kan? Bro, kita ni hidup bermasyarakat sama. Who cares if we're on a different race. Bersyukurlah ada orang yang boleh bantu kita yang memerlukan bantuan. Sebenarnya saya rasa terharu membaca petikan artikel ini. Gembira masalah Zainab dah berlalu dan anak dan cucu Zainab dapat hidup dengan lebih tenteram.
ReplyDelete