Masa JR di Tingkatan Lima di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang dulu, ada seorang rakan lelaki yang sangatlah anti-perempuan. Kawan JR ni adalah dalam kategori kacak dan dia juga antara atelet yang cukup popular di sekolah. Dia menjadi anti-perempuan selepas beberapa kali dikecewakan oleh beberapa orang perempuan. Sejak dikecewakan kali terakhir (JR tak ingat kali ke berapa), dia mengambil keputusan untuk menjauhi perempuan, kecuali nenek, emak dan kakaknya.
Yang lucunya sejak itu, semua yang berlaku dalam hidupnya dia akan menyalahkan perempuan. Ungkapan popularnya ialah, "Ini semua pompuan punya pasal la nih!!":
i) Bila dia adalah antara pelajar yang mendapat nombor tercorot dalam kelas, dia berkata, "Ini semua pompuan punya pasal la nih...semua nombor di depan mereka bolot, macam mana aku nak dapat nombor yang baik?"
ii) Bila satu ketika dia cuma dapat nombor empat dalam pertandingan lari 100 meter lelaki, dia berkata, "Ini semua pompuan punya pasal la nih...mereka menjerit-jerit mengejek aku, macam mana aku nak concentrated atas padang?"
iii) Bila suatu hari dia terjatuh dari basikal selepas basikalnya termasuk dalam lopak, dia berkata, "Ini semua pompuan punya pasal la nih...tak ada pekerja lelaki ke nak buat jalan, semuanya pompuan-pompuan India yang buat jalan!!"
Pendek kata bagi rakan JR itu semua huru-hara yang berlaku dalam dunia ini adalah disebabkan perempuan!!!
Dan semalam bila terjadi satu peristiwa dekat Nilai, sekali lagi JR teringat rakan itu. Semalam beratus-ratus pekerja Vietnam dan Bangladesh bertempur gara-gara seorang perempuan. Pertempuran membabitkan 400 pekerja Vietnam dan Bangladesh itu meletus selepas seorang gadis Vietnam berusia 23 tahun mengadu kepada rakan-rakannya bahwa seorang pemuda Bangla cuba menguratnya. Akibatnya berpuluh pekerja lelaki Vietnam yang cemburu dan marah telah memukul lelaki Bangla itu. Melihat rakan-rakan mereka dipukul, sekumpulan pekerja Bangla telah menyerang pekerja-pekerja Vietnam dengan menggunakan batang besi, kayu dan batu. Kejadian serang menyerang keua-dua belah pihak berlangsung dari pukul 9.00 malam dan cuma berakhir pada pukul 5.00 pagi keesokan harinya selepas campur tangan polis.
Mujur polis datang cepat, jika tidak pasti lebih ramai tercedera
Akibat pertempuran ganas antara kedua-dua belah pihak itu 23 orang mangsa cedera dan terpaksa dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tunku Jaafar, Seremban.
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....