Banyaknya Petronas untung minyak, sampai RM241.2 bilion!! Mengikut presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas perolehan Petronas meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion. Sementara keuntungan pracukai juga dikatakan meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.
Mengikut Datuk Shamsul, Petronas memperoleh keuntungan lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produk dan jumlah dagangan yang tinggi. Maknanya Petronas mendapat untung lumayan tahun ini kerana harga minyak yang semakin mahal. Maknanya harga minyak dunia yang mahal adalah satu rahmat untuk Malaysia!!
JR pun pernah cakap dalam blog ni sebelum ni, jika harga minyak naik, maka Malaysia akan untung lebih lipat kali ganda. Kerajaan akan untung lebih besar jika harga minyak sedunia naik. Kalau harga minyak naik sampai USD100 setong lagi bagus, Malaysia untung lagi banyak. Sebabnya apa? Sebabnya kita negara yang jual minyak. Lagi harga minyak mahal lagi kita dapat duit banyak!! Lagi mahal harga minyak dunia lagi bagus untuk rakyat Malaysia!!!
Cuma yang peliknya tentang Malaysia ni ialah ketika harga minyak dunia makin mahal, ketika Malaysia dapat untung makin besar, harga minyak untuk rakyat turut dinaikkan pula. Pada April lalu, petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2.70 seliter yang merupakan kenaikan kali kelima sejak harga bahan api itu diapungkan dan kenaikan kedua sejak 31 Januari lalu.Tak cukup dengan kenaikan harga minyak, tarif elektrik juga dinaikkan baru-baru ini kononnya kerana harga minyak dunia yang semakin naik. Dengan kata-kata lain, bila Malaysia dapat keuntungan yang semakin besar dari jualan minyak yang mahal, tarif elektrik untuk rakyat juga perlu dinaikkan.
Tapi mengapa jadi macam tu pula? Mengapa bila kerajaan dapat keuntungan banyak, rakyat perlu dibebankan dengan kenaikan tarif elektrik dan kenaikan harga minyak? Mengapa Malaysia tak mahu menurunkan harga minyak selepas dapat untung besar seperti negara-negara lain. Di Indonesia, misalnya syarikat minyaknya, PT Pertamina, telah mengambil tindakan untuk kali kedua dalam tempoh seminggu menurunkan harga petrol antara Rp 200 (7 sen) hingga Rp 600 (21 sen) seliter. Syarikat minyak mereka juga dapat untung besar hasil harga minyak yang meningkat dan oleh itu harga minyak untuk rakyat Indonesia diturunkan.
Tapi Malaysia sebaliknya....Adakah harga minyak akan turun selepas Petronas dapat keuntungan hingga RM241.2 bilion? Atau jangan harap kerajaan Malaysia jadi baik seperti kerajaan Indonesia...jauh panggang dari api?
untung banyak sebab naik harga. kalau turun harga jadi untung sikit la.. bila la ron 95 nak jadi 1.50 seliter
ReplyDeleteAdeiiii dalam mipi je la kot nak jadi camtu, hu3...
ReplyDeleteEntry terbaru -> Cara Buka Blog Di Telefon Bimbit Dengan Pantas... (",)
Rase dalm mimpi boleh la...
ReplyDeleteFreaky: Turun harga? Jangan mimpi la...huhuhu
ReplyDeleteBudak Botak: Hidup tak seindah mimpi...
ReplyDeletePena Rozie: Mlm tadi mimpi tak?
ReplyDelete