»

09 June 2011

13 Cara Memanggil Setan



pix_gal0

 
Ketika filem horror ini belum ditayangkan, produsernya, Ki Kusumo, telah mengingatkan penonton yang menontonnya kelak agar tidak mempraktikkan apa yang dilihat dalam filem itu. Tapi apa yang terjadi sebaliknya. Terdapat penonton yang pulang ke rumah selepas menonton filem '13 Cara Memanggil Setan' benar-benar mempraktikkan apa yang dipelajari bagaimana mahu memanggil setan. Akibatnya ramai yang menjerit-jerit dirasuk setan!!

(Sila ambil perhatian, tajuk filem ini ialah '13 Cara Memanggil Setan' dan bukannya '13 Cara Memanggil Seth Tan')




“Baik di poster iklannya maupun di layar filem sebelum tayangan bermula kita sudah paparkan amaran agar tidak mencuba (memanggil setan) ketika di rumah,” jelas Ki Kusomo.  Selain itu, Ki Kusumo juga menyatakan bahawa apa yang ada di dalam filem itu (cara-cara memanggil setan) merupakan cara-cara yang asli. Katanya filem tersebut sengaja dibuat olehnya dengan harapan masyarakat tidak melakukan cara-cara memanggil setan yang ada dalam filem itu.

Harap-harap filem-filem seperti ini tidak dibawa masuk ke Malaysia. Jika dibawa masuk takut pula nanti ada yang menirunya yang bukan saja boleh menyebabkan kerasukan, tapi mendekati syirik.

Yang paling JR hairan dengan filem ini ialah kenyataan produsernya bahawa tujuan dia mengajar cara-cara memanggil setan ialah supaya penonton filem itu tidak menirunya. Bagi JR, ia adalah satu alasan yang sungguh gampang dan bodoh!! Ia seperti  belajar silat tetapi lepas menguasai ilmu persilatan, mahaguru silat berpesan kepada anak muridnya: "Nak...lepas ini jangan cuba-cuba bersilat ya?"

Jika tidak mahu orang menguasai sesuatu ilmu mengapa perlu mengajarnya?

4 comments:

  1. masalahnya bila da buat cerita macam tu. orang yang tak tahu, akan tahu cara2 dan akan mendorong mereka buat seperti dalam cerita.. adoii

    ReplyDelete
  2. Freaky: memang alasannya begitu bodoh...

    ReplyDelete
  3. Tia: tak ada positif langsung!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....