»

18 June 2011

Bas Khas Untuk Cari Jodoh Pun Ada

Bagi korang yang masih  single, ini ada berita baik: kerajaan telah bermurah hati menyediakan beberapa buah bas khas untuk menemukan korang dengan jodoh yang sesuai.

Gembira tak dengan berita tu? Atau nampak macam cerita lawak...bertemu jodoh dalam bas?

Sebenarnya yang JR maksudkan kerajaan tu bukanlah kerajaan Malaysia, tapi kerajaan China. Di kota  Fuzhou, Provinsi Fujian di China, pihak penguasa tempatan di sana telah menyediakan sebanyak 10 buah bas khusus untuk menemukan muda-mudi atau orang dewasa yang masih belum berpunya. Mereka yang belum berpunya bolehlah menaiki bas tersebut ke destinasi masing-masing sambil berkenalan dengan kenalan-kenalan baru yang juga masih belum berpunya. Jika nasib baik, perkenalan dalam bas itu akan membawa pasangan yang sesuai ke jinjang pelamin.
Bas yang dihiasi seperti kereta pengantin ini memang khusus diwujudkan oleh pihak penguasa tempatan untuk  mengangkut warga kota Fuzhou yang masih single dan ingin mencuba nasib bagi mendapatkan kekasih hati di dalam bas. Lihatlah gelagat penumpang-penumpang bas yang berkenalan di dalam bas dan kemudian duduk berdekatan sambil cuba menyesuaikan diri masing-masing di sebelah kenalan baru yang mungkin lepas ini akan menjadi kekasih dan siapa tahu...suami isteri:-

Ada yang masih nampak malu-malu duduk di sebelah kenalan baru...

Memperkenalkan diri kepada bakal kekasih hati di dalam bas...
Bas yang cantik seperti kereta pengantin..

Ada ke penguasa tempatan di Malaysia yang nak mencuba idea ini?

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....