Salam untuk semua pengunjung blog JR,
Sebenarnya JR nak ucapkan tahniah ini sejak pagi tadi, tapi tiada berkesempatan.
Dan sekarang dah berkesempatan...Lalu di kesempatan ini JR ingin ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di atas majlis pertunangan anak beliau Nooryana Najwa dengan Daniyar Nazarbayev dari Kazakhtan. Majlis telah dilangsungkan di Seri Perdana pada malam semalam yang turut dihadiri oleh ramai VVIP dalam dan luar negara.
Sebelum ini apabila Perdana Menteri kita melawat Kazakhtan 2 minggu lepas, ia telah menjadi kontroversi apabila pihak Kementerian Luar Negeri, Khairy Jamaludin (Ketua Pemuda Umno) dan juga Sharizat Jalil (Menteri Pembangunan Wanita) telah menafikan dakwaan pembangkang bahawa Datuk Seri Najib dan isteri pergi ke Khazakhtan dengan menggunakan wang negara untuk mengatur pertunangan anak perempuannya dengan anak lelaki Presiden Khazakhtan, Nursultan Nazarbayev.
Tapi semalam apabila Nooryana Najwa bt Najib benar-benar bertunang dengan Daniyar Nazarbayev, apa yang pihak pembangkang katakan itu seperti nampak ada kebenarannya juga.
Tapi bagi JR, apa salahnya Perdana Menteri kita ke Khazakhtan sekadar untuk melawat bakal menantu, kan? Orang lain pun pernah melawat menantu juga, kan...cuma mereka guna duit sendiri. Tapi jika Perdana Menteri nak gunakan wang negara untuk melawat bisan dan bakal menantu di Khazakhtan pun tak salah juga, kerana bukankah dia Perdana Menteri? Perdana Menteri boleh buat apa saja kerana Perdana Menteri adalah Perdana Menteri. Yang menjadi salah jika guna wang negara untuk melawat menantu dan bisan di luar negara ialah orang-orang biasa seperti kita yang pasti akan dicekup oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
OK, sekarang lupakan sekejap tentang lawatan negara sambil menjenguk menantu dan bisan di Khazakhtan tu, itu tak penting untuk dibahaskan...Yang pasti korang nak tau ialah siapa bakal menantu Perdana Menteri kita yang bernama Daniyar Nazarbayev tu? Dan ini ialah sedikit biodata Daniyar yang JR petik dari pulakdah.blogspothttp://pulakdah.blogspot.com/2011/06/fakta-menarik-nooryana-najwa-daniyar.html:-
Daniyar berumur 22 tahun sebaya dengan Nooryana. Nooryana adalah lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, sementara Daniyar pula menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.

Nama akhir Daniyar iaitu Nazarbayev adalah sama dengan nama Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev – namun ada kemungkinan juga ia tidak mempunyai sebarang kaitan.
Latar belakang Daniyar, mempunyai kehidupan yang serba mewah dan penuh kontroversi kerana 'tuah' nama akhir “Nazarbayev” yang diberi ibunya selepas bercerai dengan suami terdahulu D. Kesikbayev sebelum berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, seorang ahli kerabat Presiden Kazakhtan.
Pada Oktober 2006, New York Post melaporkan Daniyar Nazarbayer, yang dinamakan sebagai ‘anak kepada President Nursultan Nazarbayev’, telah membeli beberapa apartment di 55 Wall Street.
Salah satu apartment dengan dua bilik bernilai $2.9 juta dan satu lagi dengan satu bilik bernilai $2.1 juta. Tidak pasti sama ada ia benar ataupun khabar angin, tapi akhbar ada melaporkan ‘President Nazarbayev telah melawat rumah tersebut sendiri semasa menghadiri UN Summit (Persidangan PBB) dan memberikan kebenaran untuk pembelian tersebut. Ia nampaknya melibatkan banyak duit,”.
Daniyar patut berterima kasih kepada emaknya Mayra Kurmangaliyeva kerana menukar nama akhir beliau dan segala transformasi/perubahan yang berlaku adalah kerana nama akhir tersebut.
“Mengapa tidak (untuk berkahwin dengan Daniyar)? Seorang jejaka terkenal, penuh adunan dan dengan nama akhirnya yang cukup menawan… tapi, jika saya ialah bapa Malaysia, saya akan semak dulu takut-takut: adakah Daniyar sudah berkahwin semasa zaman muda? Buah epal adalah dari pokok epal, seperti yang kita tahu… dan Alma-Ata (ibu kota Kazakhstan) ialah bandar buah epal dan pokok epal,” nasihat Leonid.

anak PM kita pon saya tak kenal jr. hehehe adoii
ReplyDeleteKetika Umar Abd Aziz menjadi khalifah Bani Umayyah dulu dia sanggup memadamkan lampu apabila anaknya datang, kerana lampu itu adalah dari sumber wang negara, tapi pemerintah kita menggunakan sumber wang negara utk urusan peribadi tanpa rasa berdosa. Tak tau malu betul.
ReplyDelete"Dia Perdana Mentari dan dia boleh buat apa sahaja yang dia mahu.."
ReplyDeletesaya tak pasti samada saudara berfikir atau tidak sebelum mengeluarkan kenyataan ini. Duit kerajaan bukan duit sendiri. Duit sendiri adalah hasil dari duit gaji menteri sahaja..
kakitangan kerajaan tidak boleh menggunakan duit peruntukan jabatan untuk tujuan urusan peribadi. maka sama juga dengan PM dan menteri kabinet lainn..
Sebelum mengeluarkan kenyataan harap saudara semak semula apa yang ingin dinukilkan.. bukan apa, akan kelihatan dungu..
hahahahhaha anon you really should learn to read the whole lines, not fragments, bits or pieces.... it's called sarcasm. hehe
Deletedear anonymous,
ReplyDeleteread between the lines.. could you sense the sarcasm? -__-"
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2157941/Nephew-Kazakh-president-lied-academic-record-Columbia-University.html
ReplyDeleteharu biru...salah kita jg..
ReplyDeleteSambil menyelam minum air, melawat bakal sambil2 wat krje.😎
ReplyDelete