Orang putih memanggilnya owl, mereka tak pernah pun kaitkannya dengan ghost, evil, devil, satan dan lain-lain. Tapi mengapa pula orang Melayu memanggilnya burung hantu? Di mana 'hantu'nya burung itu? Adakah kerana bunyi burung itu yang dikaitkan dengan berita kematian seperti yang dipercayai sebahagian dari orang Melayu zaman dahulu, lalu ia dipanggil burung hantu?
Tapi cuba lihat gambar di atas dan renung mata burung hantu itu, memang ia bercahaya merah, sebiji seperti mata hantu, kan? Gambar ini diambil di Johannesburg, Afrika Selatan oleh seorang jurugambar, Gavin Nicholls. Nicholls merakamkan gambar tersebut semasa burung itu sedang bertenggek di atas sebatang tiang lampu di sebatang jalanraya di Afrika Selatan.
Nicholls, 57 tahun, yang berasal dari Fareham, Hampshire, England menyatakan dia agak terkejut bila melihat gambar burung hantu bermata merah yang diambilnya. Kawan-kawannya yang melihat gambar itu juga terkejut, ia benar-benar mirip burung hantu yang bermata hantu!!
Walaubagaimanapun, mata burung hantu itu bewarna merah bukan kerana ada pengaruh iblis tapi ia adalah hasil daripada refleksi cahaya flash yang diambil oleh jurugambar berkenaan.
Kesian burung hantu tu kan, tak pasal-pasal orang ingat dia benar-benar hantu. Maafkan kami, burung hantu...
(Sumber info: dailymail-uk)
fenomena ni pon boleh terjadi kat manusia iaitu dipanggil Red eye. Terhasil apabila ambil gambar yang ada flash..haha cume burung hantu ni kesan dia lagi power
ReplyDeleteRed eye...tapi yg pasti ada seorang jejaka berkaca mata yg memakai red t-shirt...Dia ialah Freaky...
ReplyDelete